Cara Sem4k Status Perkahwin4n & Rekod Jen4yah Pas4ngan Sebelum K4hwin

Sebelum mendirikan rumahtangga, pasti kita sudah melalui fasa perkenalan dengan pasangan masing-masing. Namun, mungkin ada juga dalam kalangan kita yang tertanya-tanya soalan lain seperti adakah pasangan pernah terlibat dalam sebarang kes jenayah Syariah atau tidak. Mungkin masih ada yang belum tahu bahawa setiap orang boleh tahu cara semak status perkahwinan dan rekod jenayah pasangan masing-masing di portal E-syariah.

Portal itu menyediakan maklumat mengenai rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh seseorang. Jadi, jom kita tengok cara untuk menyemak portal itu telah dikongsikan oleh Faiq Fikrey menerusi Twitter miliknya.

CARA SEMAK STATUS PERKAHWINAN & JENAYAH PASANGAN SEBELUM KAHWIN

1.Buka portal E-syariah dan pergi bahagian semak status kes

2. Kemudian pilih samada MAL atau JENAYAH. Kemudian masuk kan IC pasangan anda. Dan click “cari”.

3. Ni contoh., aku pakai IC aku. Selesai. Alhamdulillah takde kes.

Menurut satu tweet di ruangan komen, seorang pengguna menjelaskan bahawa dalam mahkamah Syariah, kes jenayah itu bukanlah kes-kes sivil seperti mencuri, dadah dan membunuh. Kes Jenayah Syariah adalah seperti ditangkap berkhalwat, berzina, minum arak, tak berpuasa dan seumpama. Kes Mal tu seperti rebut penjagaan anak, kes cerai, pusaka dsb.

Selamat kepada semua. Selamat Pengantin Baru!

Sumber: @faiqfikreyE-Syariah

About admin

Check Also

‘Jmpa Di Syurga Suamiku..’Gag4I SeIam4tkn Diri, Cikgu Shahrin Rntung Dalam Kbkaran.

  Kuala Langat: Seorang lelaki wrga emas berusia 66 tahun ditemukan rntung berhampiran pintu di …

Leave a Reply

Your email address will not be published.