Mendidik d4n mahir menj4hit, Cikgu Salina ant4ra guru vokasional y4ng serba boleh

Sudah 30 tahun guru Kolej Vokasional (KV) Sungai Petani 2, Kedah, ini bergelar pendidik.

Sepanjang tempoh tersebut, guru yang dikenali sebagai Cikgu Salina Ishak, 53, telah dianugerahkan pergerakan gaji melintang dan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak tiga kali.

Ketika dihubungi GPSBestari bertanyakan tentang minat dan kemahirannya dalam dunia jahitan, Cikgu Salina terdiam seketika.

“Hendak kata mahir sangat tu, tidaklah. Tetapi saya memang minat menjahit dan menjadikannya sebagai pendapatan sampingan.

“Malah, saya pernah meraih pendapatan sekitar RM3,000 sebulan apabila ramai individu yang datang menempah pakaian semasa musim perayaan,” kata anak kelahiran Sungai Petani ini.

Menurut Cikgu Salina, minat dalam dunia jahitan bermula ketika dia menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 1985.

“Masa itu saya sering ke kedai jahitan milik Mak Cik Nab yang terletak di Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah di Sungai Petani.

“Kerana selalu melihat dia menjahit, minat untuk belajar timbul dan dari situ, secara perlahan-lahan saya belajar kerja-kerja menjahit dengannya,” kata Cikgu Salina yang menjadikan pereka fesyen, Rizman Ruzaini sebagai idola.

Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, Cikgu Salina berjaya melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka dalam bidang Ekonomi Rumah Tangga.

“Selain belajar subjek bidang yang diambil, saya juga belajar pendidikan formal jahitan di sini kerana ia termasuk dalam kursus Ekonomi Rumah Tangga.

“Selebihnya pembelajaran saya adalah melalui pembacaan, pengalaman bersama sahabat yang pandai menjahit dan tugas sebagai pendidik dalam Seni Reka Fesyen mulai 1996, hingga menuntut untuk sentiasa menambah ilmu dalam bidang berkenaan,” ujar lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) jurusan Pendidikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama ini.

30 tahun di KV Sungai Petani 2

Cikgu Salina merupakan satu-satunya guru yang berkhidmat di KV Sungai Petani 2 selama 30 tahun.

Beliau pernah mengajar subjek bahasa Melayu bagi pelajar aliran teknik selama empat tahun dan pelajarnya berjaya mencatat pencapaian 100 peratus lulus bagi subjek tersebut.

Kerana minat yang mendalam dalam bidang Seni Reka Fesyen dan Jahitan serta mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 5 dalam bidang tersebut, Cikgu Salina diberi kepercayaan penuh mengajar Program Seni Reka Fesyen di kolej berkenaan.

“Saya seronok kerana dapat berkongsi ilmu menjahit dengan pelajar di kolej ini. Selain ajar mereka tentang jahitan pelbagai jenis pakaian, saya dan rakan guru yang lain turut mengajar beberapa produk jahitan seperti langsir, alas meja, table runner, beg, bekas pensel, pelbagai jenis penutup perkakas dapur, tudung, selendang, telekung dan sebagainya.

“Untuk peribadi pula, saya sering mengambil tempahan menjahit pakaian daripada ahli keluarga, saudara terdekat dan rakan-rakan rapat sahaja.

“Permintaan untuk menjahit pakaian sangat tinggi tetapi saya terpaksa menolak kerana ini hanyalah sampingan dan tidak mahu menjejaskan tugas hakiki sebagai pendidik,” jelasnya yang pernah diberi tanggungjawab sebagai pensyarah sambilan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHOM) bagi kursus Teknologi Jahitan & Seni Reka Fesyen, Semester I 2014/2015 bagi kumpulan guru yang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional.

Pulangan lumayan

Sementara itu, Cikgu Salina menasihatkan pelajar yang mempunyai bakat dan kemahiran dalam seni menjahit agar teruskan minat tersebut kerana ia mampu memberi pulangan yang lumayan.

“Pakaian merupakan keperluan harian dan sentiasa mendapat permintaan. Sebagai manusia, ramai yang suka dan berkeinginan mengenakan pakaian yang cantik, berkualiti dan mengikut trend.

“Oleh itu, rugi kiranya pelajar tidak memanfaatkan kemahiran yang dimiliki. Anda boleh memulakan hobi menjahit dari kediaman sendiri bagi mengumpul modal untuk membuka sebuah kedai jahit.

“Ramai yang berjaya dengan cara ini. Yang pasti, konsisten dengan apa yang dilakukan dan tanam azam untuk terus maju maka hasilnya pasti tidak mengecewakan,” ujarnya.

Tip berjaya cara Cikgu Salina

  1. Untuk melakukan perkara yang sama dengan orang lain, seharusnya kita perlu lebih baik daripada itu.
  2. Percaya dan yakin dengan kebolehan diri sendiri akan membantu membina kejayaan.
  3. Jangan abaikan kritikan atau komen, ambil dan kaji secara positif untuk meningkatkan keupayaan diri.
  4. Berani menempuh cabaran, gagal sekali bukan gagal selamanya.
  5. Doa dan tawakal seiring dengan usaha dalam mencari keberkatan atas apa yang dilakukan

Sumber : Sinar Harian

 

About admin

Check Also

GILIR4N USAHAWAN YG PENUH KONTROVERSI, SAFIEY ILIAS PULA AKAN BERHIJRAH KE NEGARA L4IN SEPERTI SAJAT. INI NEGARA YG DIA PILIH

Sebelum ini kita digegarkan oleh penghijrahan usahawan kosmetik yang popular dengan kontroversi iaitu Sajat ke …

Leave a Reply

Your email address will not be published.