[VIDEO] Isteri Hid4p Kanser Cek4l Jaga Suami Strok Buat Netizen Seb4k

Strok merupakann penyakit yang merbahaya dan boleh membuatkan seseorang itu lumpuh sepenuhnya.

Ini kerana sel otak akan mati hanya dalam beberapa minit sahaja. Matinya sel otak menyebabkan bahagian tubuh yang dikendalikan oleh kawasan otak yang rosak tidak dapat berfungsi dengan baik.

Baru-baru ini tular di media sosial tentang seorang isteri yang terpaksa menjaga suaminya yang diserang penyakit strok sehingga menyebabkan suami tidak boleh berjalan seperti orang lain.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Auni Mutalib, dia berkata setiap kali dia pergi membuat dialisis dia akan membantu suaminya untuk berdiri sebelum masuk ke dalam kereta untuk dibawa bersama.

Dalam keadaan suaminya yang sebegitu, dia juga mempunyai penyakit buah pinggang dan kanser serta harus sentiasa membuat dialisis di hospital.

 

Kata Auni, kadang kala badannya berasa amat lesu dan lemah kerana penyakit itu, namun dia harus tetap kuat dan cekal demi menjaga suami tercinta agar orang luar tidak melihat kekurangan yang ada dalam keluarga mereka.

Isteri Reda Dengan Ujian Allah

Meskipun begitu, Auni berkata dia reda dengan ketentuan yang Allah berikan terhadap keluarga kecilnya dan dia menerima dengan hati yang ikhlas kerana segala yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri.

“Jalani semua ujian dengan hati yang sangat terbuka,” luahnya.

Tambah Auni setiap kali dia pergi membuat dialisis, suaminya akan setia menunggu di dalam kereta walaupun rawatan itu mengambil masa yang lama sehingga empat jam.

‘Hargailah Pasangan Selagi Masih Ada’

Kehidupan mereka berdua ibarat saling melengkapi kekurangan masing-masing kerana cekal dan tabah dengan ujian yang diberikan sekaligus telah membuka mata warganet untuk sentiasa bersyukur diberikan kesihatan dan kehidupan yang sempurna kerana rupanya ramai lagi yang lebih sukar hidupnya berbanding kita.

Perkongsian wanita itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen di ruangan komen di tiktok. Ramai yang bersimpati dengannya serta turut mendoakan agar mereka berdua sihat, sentiasa tabah dan kuat menghadapi segala ujian yang mendatang.

“Semoga Allah permudahkan urusan kamu berdua.”

“Yaallah pasangan yang hebat. Berikanlah mereka kekuatan dan dan kesihatan yang baik. Rahmati mereka yaallah.” ujar netizen.

 

@aunimuthallibJalani semua ujian dengan hati yang sangat terbuka ❤️ #auniiskandar #aunitheironlady @syednorzamiskandar

♬ Sehidup Semati – Juliana Banos

Sumber : YOY Network

 

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.