Normah Damanhuri terus bah4gia deng4n lima an4k, 15 cucu

Kuala Lumpur: Pelakon serba-boleh, Normah Damanhuri teruja apabila menerima barangan kemas daripada anak-anaknya sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-68, Selasa lalu.

Normah berkata, dia terharu apabila kek yang ditempah anak-anaknya mengandungi wang tunai serta didatangkan bersama gelang tangan dan rantai leher emas.

“Gelang tangan itu daripada Kak KM (Liana Rosli), manakala rantai leher daripada kakaknya (Lydia Rosli). Perangai lima anak saya iaitu Uji, Rose Azlin, Lydia, Liana dan Ahya memang begitu. Kalau mereka ada lebih, mereka akan bagi. Kalau tiada, mereka tetap akan bagi hadiah yang kecil. Ada rezeki mereka akan berkongsi dan tak kedekut langsung,” katanya.

Normah berkata, status kehidupan Liana (Kak KM) yang agak senang sekarang membuatkan dia sanggup memberikan apa saja buatnya selagi mampu.

“Setiap tahun mereka seakan wajib buat sambutan untuk saya. Namun, bukan untuk saya saja kerana ulang tahun kelahiran 15 cucu, menantu dan adik-beradik juga akan disambut.

“Bezanya kali ini kami buat membabitkan anak-beranak saja kerana tak boleh buat di hotel seperti tahun-tahun sebelumnya. Memang tak pernah tertinggal walaupun saya kata tak payah atau buat ala kadar. Benda-benda ini kadangkala dibuat kejutan,” katanya.

Terdahulu Liana memuat naik video majlis sambutan terbabit menerusi TikTok yang kemudian turut dikongsi di beberapa medium media sosial lain.

Perkongsian video ini mendapat pujian warganet yang memuji kesungguhan mereka membahagiakan Normah.

“Alhamdulillah, setakat ini saya tengok warganet puji dan mendoakan saya. Sangat bersyukur semua kata-kata yang dikeluarkan sangat baik. Saya terharu dengan doa mereka dan menghargainya. Ada yang kata sedih dah tiada mak dan ada juga yang nak buat ikut cara begini. Secara tak langsung ia bagi contoh kepada anak-anak di luar sana.

“Ada yang minta tips cara saya besarkan anak-anak. Memang saya dengan anak-anak sangat berkasih sayang. Mereka tak pernah melawan atau bercakap kasar dengan saya,” katanya.

Mengulas berkenaan segelintir pihak yang memandang negatif pada mereka terutamanya terhadap Liana, Normah mengambil sikap tidak mempedulikan mereka.

“Nak buat macam mana kerana kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Apapun tak perlulah benci sangat. Kalau boleh gantikanlah perasaan benci dengan doa,” katanya.

Sumber : Harian Metro

About admin

Check Also

Masih Ing4t Pelakon Cilik ‘Buntat’? Kehidup4n Dia Sekar4ng Raih Perhatian Netizen

  Jika imbas kembali, buat pengg3mar drama bersiri melayu tempatan pastinya tidak akan lupa pada …

Leave a Reply

Your email address will not be published.