P4wang cuba hentik4n pandemik deng4n ‘air jampi’ m4ut dek Covid-19

Colombo: Seorang pawang yang sebelum ini pernah cuba menghentikan wabak Covid-19 di Sri Lanka menggunakan ‘air jampi’ meninggal dunia akibat virus berkenaan.

Eliyantha White, 48, yang merawat bintang sukan dan ahli politik terkemuka termasuk perdana menteri, mendakwa boleh menghentikan pandemik Covid-19 di Sri Lanka dan India dengan menyiram air jampi dihasilkannya ke dalam sungai.

Menteri kesihatan, Pavithra Wanniarachchi menyokong usaha berkenaan namun, turut dijangkiti Covid-19 dua bulan kemudian dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Beliau kemudiannya ditukarkan ke kementerian lain.

White sebelum ini menarik perhatian antarabangsa pada 2010 apabila pemain kriket terkenal India, Sachin Tendulkar memberi ucapan terima kasih kepadanya selepas merawat kecederaan lutut yang dihadapinya.

Katanya, ia membantu kemenangan ketika menentang pasukan Afrika Selatan.

Pada temu bual pada 2010 bersama AFP, White mendakwa memiliki kuasa istimewa sejak berusia 12 tahun.

Keluarga White mendakwa, beliau enggan menerima vaksin Covid-19.

Doktor perubatan moden menyifatkan White sebagai penipu dan perawat Ayurveda juga menolak dakwaannya walaupun beliau menyatakan kaedah yang digunakan adalah dari perubatan tradisional India berusia 3,000 tahun.

Setakat ini, Sri Lanka mencatatkan lebih 12,000 kematian akibat Covid-19 dengan lebih 500,000 kes jangkitan.

Bagaimanapun, doktor menyatakan angka sebenar mungkin dua kali ganda lebih tinggi dan pihak berkuasa terpaksa menjalankan kaedah kremasi besar-besaran akibat jumlah mayat terlalu banyak.

Sumber : Harian Metro

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.