Pul4nglah Sajat, ti4da si4pa mengugut and4 – JAIS

Shah Alam: Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat dinasihatkan agar kembali ke negara ini bagi menghadapi kes yang membabitkan dirinya di sini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, isu yang dihadapi usahawan itu membabitkan undang-undang dalam negara ini dan tidak perlu dijadikan isu di peringkat antarabangsa.

“Pulanglah saja ke Malaysia dan hadapilah kes di mahkamah. Tiada siapa yang mengugutnya terutama kakitangan JAIS.

“Kita mempunyai ramai peguam yang baik di negara ini yang boleh mewakilinya di mahkamah dan belum tentu JAIS boleh menang.

“Dia belum tentu disabitkan bersalah di mahkamah selagi mana kes belum dibicarakan,” katanya ketika diminta mengulas penahanan usahawan kosmetik itu oleh pihak berkuasa di Thailand baru-baru ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Program Pemberian Vaksin melalui Pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Khas bagi individu yang belum menerima vaksin melalui usaha sama JAIS dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) di Masjid Negeri, hari ini.

Mohd Shahzihan berkata, Nur Sajat tidak sepatutnya menjadikan kes itu sebagai dijadikan bahan propaganda untuk menghalalkan tindakannya.

“Jangan jadikan kes itu sebagai propaganda dan hadapi perbicaraan bagi menentukan sama ada dia bersalah atau tidak saja,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Nur Sajat ditangkap pada 8 September lalu oleh pihak berkuasa Thailand atas kesalahan memiliki pasport tidak sah

Sumber : Harian Metro

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.