Si4p sedia h4dapi fenomena air p4sang bes4r

KLANG – Pasukan Tindakan Segera (Skuad Pantas) Majlis Perbandaran Klang dalam persediaan 24 jam bagi menghadapi bencana banjir akibat fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku tidak lama lagi.

Yang Dipertua MPK, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, pasukan itu juga akan bertindak bagi memberi bantuan awal sekiranya berlaku situasi kecemasan.

Katanya, MPK telah mewujudkan pos gerakan sementara di kawasan yang kerap mengalami bencana banjir bagi membantu mangsa dalam aspek keselamatan dan logistik,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Ahmad Fadzli turut memaklumkan pihaknya giat melaksanakan kerja-kerja pembersihan parit membabitkan lapan kawasan di daerah itu sebagai persediaan berlaku kemungkinan itu.

Tambah beliau, jabatan penguatkuasa MPK turut memantau lokasi hotspot yang sering berlaku banjir menerusi Unit Kamera Litar Tertutup (CCTV) MPK.

“Segala aduan berkaitan bencana boleh diajukan kepada Bilik Gerakan Pejabat Penguatkuasa di talian 03-3701095 untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

About admin

Check Also

Anak Krltikal & Ditidurk4n, Ibu Kanak2 Termak4n D4dah Rup4nya Sdng Derita K4nser Tahap Lima

  Kisah kanak-kanak empat tahun dari Kelantan yang kini dalam keadaan kritikal selepas dadah jenis …

Leave a Reply

Your email address will not be published.