B4ru Sebulan Jal4ni Pembed4han, Aaron Aziz Diuji Lagi. Rup4nya Ini Peny4kit Yg Dial4minya.

Baru sebulan menjalani pemb3dahan pada sendi leher, pelakon Datuk Aaron Aziz kembali berdepan kes4kitan ketika melakonkan babak l4sak dalam sebuah penggambaran drama baru- baru ini.

Katanya, demi mencari rezeki buat keluarga tercinta, dia rela menahan kes4kitan akibat k3cederaan sebaik melakukan aksi masuk ke dalam bonet kereta.

“Inilah keadaan abang kena lalui demi seni yang abang cintai. Babak kena sumb4t dalam but kereta, jadi leher terjejas.

“Abang tahan s4kit demi keluarga, abang sanggup buat apa pun untuk keluarga, kasih sayang seorang ayah,” tulisnya dalam Instagram beberapa hari lalu.

Sebelum ini, aktor kelahiran Singapura itu mendedahkan mengalami sar4f tersepit pada bahagian l3hernya sejak lapan tahun lalu hingga terpaksa keluar masuk hospital.

Kali pertama Aaron, 46, berhadapan penyakit tersebut adalah pada 2012 iaitu sebelum menjalani penggambaran program realiti sukan l4sak, Fear Factor Malaysia.

Begitupun, Aaron mengakui perasaan t4kut mengh4langnya menjalani pemb3dahan mengeluarkan saraf yang tersepit itu seperti disarankan doktor.

Namun, selepas beberapa tahun menahan kes4kitan dia memaklumkan perlu melakukan pemb3dahan segera yang kemudian selamat dijalani pada Ogos lalu.

Sementara itu, perkongsian keadaannya yang terkini dalam laman sosial mengundang komen ramai apabila rata-rata pengikut mendoakan kesejahteraan kesihatan bapa kepada tiga cahaya mata itu.

“Syafakallah, semoga Allah SWT beri kesembuhan dan diangkat kesakitan. Amin,” kata seorang pengikut Instagramnya.

Menerusi perkahwinan dengan Diyana Halik, mereka dikurniakan Danish Anaqi, 16, Ariana, 14, serta Dahlia Arissa, 10.

Sumber: K! ONLINEIG Aaron Aziz

About admin

Check Also

[VIDEO]”Happy Birthd4y Dzakira Talita Zahra…” Ucapan Hari Lahir Bu4t Talita Buat Ramai Tersentuh

  Semalam merupakan hari ulang tahun anak kedua seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi dan penyampai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.