Dr Zakir Naik C4ri Calon Isteri Untuk An4knya, “Prefer” Y4ng S4nggup Tingg4l Di Malaysia

Penceramah terkenal, Dr Zakir Naik, kini sedang dalam misi mencari calon isteri buat anak lelakinya, Fariq Naik dan telah menyediakan ‘resume’ yang lengkap mengenai butiran anaknya bagi memudahkan urusan pencarian itu.

Menerusi kiriman di Facebook miliknya semalam, Dr Zakir mengatakan bahawa dia mencari seorang wanita Muslim yang berakhlak mulia dan boleh menjadi sumber kekuatan dan bimbingan buat anaknya.

“Sekiranya anda merupakan bapa atau saudara kepada wanita yang dirasakan layak untuk anak saya, dengan rendah hati saya memohon agar anda boleh memberi respon kepada saya bersama maklumat yang diperlukan,” katanya.

Menariknya, beliau juga telah memuatnaik satu infografik yang memaparkan mengenai ciri-ciri wanita yang dicari dan butiran terperinci mengenai anaknya.

Salah satu ciri yang menarik perhatian adalah calon isteri kepada Fariq perlulah sanggup menjalani hidup di Malaysia kerana anaknya itu kini menetap di Putrajaya.

Fariq, 27, sememangnya terkenal kerana turut bersama-sama menjalankan kerja dakwah bersama bapanya, selain merupakan seorang hafiz Al-quran.

Perkongsian itu telah mendapat perhatian netizen dari seluruh dunia dan ramai yang mendoakan agar urusan mencari jodoh itu dipermudahkan.

Mungkin ada wanita yang berminat, di bawah ini merupakan butiran-butiran yang telah dikongsikan oleh Dr Zakir, bolehlah ‘risik-risik’ tengok macam mana.

Sumber : Dr Zakir Naik

About admin

Check Also

Anak Krltikal & Ditidurk4n, Ibu Kanak2 Termak4n D4dah Rup4nya Sdng Derita K4nser Tahap Lima

  Kisah kanak-kanak empat tahun dari Kelantan yang kini dalam keadaan kritikal selepas dadah jenis …

Leave a Reply

Your email address will not be published.