Jang4n Kongsi Kisah Pes4kit Kanser Y4ng Tewas, Elyana Mohon Netizen Fah4m Kead4annya – ‘Saya Sed4ng Bert4rung’

Umum mengetahui, penyanyi, Elyana sudah dimasukkan ke sebuah hospital di sekitar Selangor, bagi menjalani rawatan kimoterapi.

Terbaru, pelantun suara ‘Tak Tercapai Akalmu’ ini merayu kepada orang ramai agar tidak menceritakan pengalaman kenalan rapat mahupun keluarga mereka yang tewas kerana kans3r.

Saya sedang bertarung

Pada saat saya sedang menjalani rawatan chemotherapy. Saya merayu sangat-sangat kepada anda yang ingin menceritakan pengalaman kenalan rapat anda yang tewas kerana kanser dihentikan. Saya faham niat baik anda,  tapi tolong faham keadaan saya ketika ini yang sedang bertarung dengan mental dan fizikal. Jangan menakut-nakutkan pesakit yang sedang sakit. Maaf jika permintaan saya ini keterlaluan.

Di Instagram, Elyana memohon kepada semua pihak agar berhenti menceritakan pengalaman yang menakutkan terutama melibatkan pes4kit kans3r. Ujar Elyana, dia sedang bertarung dengan mental dan fizikalnya sendiri pada waktu ini. Oleh itu, dia tidak mahu kisah-kisah tersebut membuatkan emosinya terjejas.

Mungkin yang ketiga baru dapat tahu

Dalam perkembangan lain, Elyana bersyukur sesi kimoterapi yang pertama sudah berjalan dengan baik. Jelas Elyana, doktor tidak boleh nampak atau bercakap mengenai sebarang perkembangan selepas sesi pertama dan kedua kimoterapi. Namun, sesi ketiga dan seterusnya barulah mereka akan mengetahui mengenai perkembangan dan kesan daripada sesi kimoterapi yang sudah dilakukan itu.

Elyana turut memohon doa daripada semua pihak agar dia mampu melawan penyakit kanser ini. Pada masa yang sama, dia mahu pulang ke rumah dengan segera untuk bersama anak-anaknya. Terdahulu, Elyana mengambil keputusan untuk masuk ke hospital selepas lebih daripada sebulan menahan sakit dan tidak boleh tidur seperti individu yang lain.

Sumber: Elyana/https://ohbulan.com/

About admin

Check Also

Masih Ing4t Pelakon Cilik ‘Buntat’? Kehidup4n Dia Sekar4ng Raih Perhatian Netizen

  Jika imbas kembali, buat pengg3mar drama bersiri melayu tempatan pastinya tidak akan lupa pada …

Leave a Reply

Your email address will not be published.