“Nak joging pun tak senang” – 4 anak kambing seronok ikut w4nita ini berl4ri sambil p4nggil ‘mak, mak’… pernah j4tuh kolam seb4b ‘brek tak mak4n’

COMELNYA! Begitulah yang dapat digambarkan apabila melihat seorang wanita yang sedang berjoging sambil sekumpulan kambing mengikutnya dari belakang.

Menerusi video yang dikongsi di aplikasi TikTok, kambing-kambing tersebut mengembek sehingga kedengaran seperti memanggil emak.

“Mak nak joging pun tak senang, susah betul ramai anak ni. Dengar betul-betul, asyik panggil mak, mak, mak, je,” tulisnya menerusi video yang meraih lebih 100,000 tontonan.

Empat ekor anak kambing dan seekor memerang yang dibela Kak Jerung.

Wanita berkenaan, Nor Haniza Mohamad Noor berkata, empat ekor kambing itu dibelanya di sebuah kandang kecil di tepi kolam ikan pancing yang diusahakannya di Rawang, Selangor.

Nor Haniza berkata, sudah menjadi rutinnya berjoging pada setiap petang di mana kesemua anak-anak kambing akan turut mengikutnya mengelilingi kolam ikan.

“pvkul 3 petang anak-anak kambing ini akan dilepaskan keluar dari kadang, dan masuk balik pvkul 7 malam. Sebelum lepaskan keluar kena beri minum svsu dulu.

“Memang seronok bila anak-anak kambing ikut sekali. Kelakar pun ye juga sebab mereka akan memangil-manggil dan nak ikut berlari juga,” katanya berusia 49 tahun kepada mStar.

Video:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Lebih dikenali sebagai Kak Jerung, katanya, dia sebelum ini pernah membela kira-kira 100 ekor kambing tetapi dijual berikutan terdapat mas4lah berkaitan dengan kawasan belaan.

“Empat ekor anak kambing ni yang baru beli. Saya cari anak-anak kambing yang kem4tian ibu. Bila tak ada ibu, saya boleh bela bagi kambing-kambing ni manja dan jinak.

“Saya bawa anak-anak kambing makan di sekitar kolam dan minum svsu lima kali sehari,” katanya sambil menambah anak-anak kambingnya diberi nama Mail, Tek, Abu dan Farah.

Kolam ikan pancing yang diusahakan di Rawang.

Mengusahakan kolam ikan pancing sejak empat tahun lalu, Kak Jerung yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan turut membela seekor memerang yang diberikan nama Awe.

“Si Awe ini dilepaskan tetapi sangat jinak. Dia pernah ikut saya joging sejauh tujuh kilometer. Selagi saya tak habis joging, dia tak akan balik dan mengikut je.

Banyak kenangan manis dan lucu bersama anak-anak kambing ni. Tidak dapat digambarkan betapa saya sayang sangat pada mereka yang saya anggap macam anak sendiri

KAK JERUNG

“Anak-anak kambing hanya ikut joging di sekitar kolam saja, saya tak bawa mereka jauh,” ujarnya yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata lelaki.

Berkongsi pengalaman lucu, Kak Jerung yang juga penjual ikan air tawar berkata, anak-anak kambingnya begitu manja setiap kali diberikan svsu.

Kak Jerung bersama memerang yang mengikutnya berjoging.

“Mereka ni macam budak-budak, suka lompat-lompat berebut svsu. Ada yang pernah terj4tuh kolam… berlari nak minum svsu, tapi ‘brek tak makan’ terus masuk kolam.

“Tapi j4tuh kat tepi kolam je, tak dalam. Setiap kali terj4tuh kolam, saya selamatkan menggunakan sauk,” ujarnya secara berseloroh.

Kak Jerung begitu sayang dengan anak kambing dan memerangnya.

Walaupun haiwan, Kak Jerung mengambil berat terhadap anak-anak kambingnya yang dianggap seperti anak sendiri.

“Banyak kenangan manis dan lucu bersama anak-anak kambing ni. Tidak dapat digambarkan betapa saya sayang sangat pada mereka yang saya anggap macam anak sendiri,” katanya.

Komen netizen:

Sumber: Mstar

About admin

Check Also

GILIR4N USAHAWAN YG PENUH KONTROVERSI, SAFIEY ILIAS PULA AKAN BERHIJRAH KE NEGARA L4IN SEPERTI SAJAT. INI NEGARA YG DIA PILIH

Sebelum ini kita digegarkan oleh penghijrahan usahawan kosmetik yang popular dengan kontroversi iaitu Sajat ke …

Leave a Reply

Your email address will not be published.