TERKINI: Pembay4ran BPR Keluarga Malaysia Fasa 3, Rayu4n BPR Mul4i

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 serta rayuan BPR akan dikreditkan ke dalam akaun penerima secara berperingkat mulai 28 September ini dan dijangka selesai pada 30 September berikutnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran tersebut akan memanfaatkan seramai 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang diluluskan.

Jelas Ismail, kesemua jumlah bayaran fasa tiga dan rayuan BPR tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM28.2 bilion.

“Untuk fasa tiga, setiap penerima bakal memperoleh sehingga RM1,400, manakala penerima rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300 termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+).

“(Ia) bernilai hingga RM500 bagi setiap penerima, mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah dan bilangan anak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Difahamkan, pembayaran fasa tiga tersebut adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima penerima BPR dan rayuan BPR untuk meringankan beban mereka.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sentiasa terbela,” tambahnya.

Selain itu, beberapa bantuan tunai yang lain seperti Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) pula akan diberikan kepada penerima yang layak.

 

Jelas Ismail, pembayaran bantuan tersebut dijadual akan disalurkan kepada penerima pada Oktober hingga Disember ini.

Justeru, penerangan lanjut berhubung pembayaran BPR fasa tiga tersebut akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan dan segala maklumat lanjut boleh dirujuk di portal rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my.

 

 

Sumber: Bernama Tv

About admin

Check Also

“Mohon Doak4n Anak Kesayang4n Mama..”, Satu Bad4n Penuh Wayar, Ibu Kongsi Keadaan Terkini Adik Ainul Di ICU

  “Mohon Doakan Anak Kesayangan Mama..”, Satu Badan Penuh Wayar, Ibu Kongsi Keadaan Terkini Adik …

Leave a Reply

Your email address will not be published.