Majlis akad nikah kecoh, b4pa peng4ntin perempu4n sep4k bak4l men4ntu

MAJLIS akad nikah menjadi kecoh selepas bapa pengantin perempuan tiba-tiba menjadi berang dan menyepak muka menantunya.
Rakaman video berkenaan menjadi tular di media sosial sejak Ahad dan dipercayai berlaku di Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada 14 Ogos lalu.
Video berdurasi 1 minit 41 saat itu menunjukkan ketika bapa pengantin perempuan membaca istigfar dan syahadah ketika acara akad nikah, dia dipercayai tersasul dan menyebut perkataan ‘bote’ yang bermaksud monyet dalam bahasa Bima.
Ini mengundang kemarahan keluarga pengantin lelaki dan terus tercetus pertikaman lidah antara kedua-dua keluarga tersebut.
“Apa lagi masalahnya, hormatilah kami sebagai keluarganya,” kata seorang jemputan seperti dipetik portal Jaridompu.com.
Bapa pengantin perempuan dilihat bangun dan cuba menyerang bakal menantunya sehingga sepakan terkena kepada bahagian muka.
Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati keluarga pengantin perempuan selepas rombongan pengantin lelaki lewat tiba untuk majlis akad nikad tersebut.
Kejadian turut disahkan Ketua Polis Kota Bima, Henry Novika Candra yang berkata perkara tersebut telah diserahkan kepada pihak polis Rasanae Barat untuk siasatan lanjut.
“Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif dan punca kejadian,” katanya kepada Detik.com.

Sumber : Astri AWANI

About admin

Check Also

GILIR4N USAHAWAN YG PENUH KONTROVERSI, SAFIEY ILIAS PULA AKAN BERHIJRAH KE NEGARA L4IN SEPERTI SAJAT. INI NEGARA YG DIA PILIH

Sebelum ini kita digegarkan oleh penghijrahan usahawan kosmetik yang popular dengan kontroversi iaitu Sajat ke …

Leave a Reply

Your email address will not be published.