Shahrol Shiro Memohon Or4ng Ramai Mendoak4n Anaknya Selamat Menjal4ni Pembed4han Buah Pingg4ng.

ANAK pelawak Shahrol Shiro iaitu Ismail Rifqi yang mengalami masalah buah pinggang menjalani pembedahan pada pagi Jumaat di Sunway Medical Centre, Petaling Jaya.

Isteri Shahrol, Nor Farhanah Syamimi berkata, Ismail yang berusia lapan bulan itu akan menjalani pembedahan dalam tempoh kira-kira empat jam.

“Alhamdulillah keadaan Ismail baik sahaja sebelum masuk bilik pembedahan kira-kira pukul 9.30 tadi. Cuma merengek sikit tadi mungkin lapar sebab kali terakhir beri dia susu pada pukul 5.30 pagi kerana dia perlu berpuasa.

Nor Farhanah memohon orang ramai mendoakan anaknya selamat menjalani pembedahan.

“Doktor maklumkan pembedahan akan berjalan selama empat jam dan selepas selesai pembedahan, Ismail akan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pantau keadaannya.

“InsyaAllah, kalau semuanya baik dia hanya sehari sahaja di ICU dan akan dipindahkan ke wad biasa,” katanya kepada mStar.

Pada Khamis, Shahrol menerusi Instagram memberitahu, Ismail akan menjalani pembedahan dan mengharapkan orang ramai mendoakan kesihatan anaknya.

“Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami menghadapi ujian ini. Sembuhkanlah anakanda kami Ismail Rifqi dan berilah kesihatan yang baik.

“Buat semua sahabat, tiada apa yang kami pohon selain doa-doa yang baik daripada kalian,” tulisnya pada kapsyen tersebut.

Pada masa sama, Nor Farhanah turut memohon, orang ramai untuk mendoakan urusan pembedahan anaknya berjalan lancar.

“Tiada apa yang saya dan suami minta selain doa daripada kalian,” katanya.

Shahrol dan Nor Farhannah bersama dua anak mereka iaitu Iskandar Rizqi (dua dari kiri) dan Ismail.

Pada 18 September lalu mStar melaporkan kenyataan Nor Farhannah yang memberitahu Ismail dilahirkan dengan satu buah pinggang.

Bagaimanapun buah pinggang kirinya itu mengalami masalah dan membengkak 80 peratus akibat saluran tersumbat.

Ismail perlu menjalani pembedahan secepat mungkin bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

Shahrol dan Nor Farhannah berkahwin pada 8 Mac 2016.

Selain Ismail, pasangan ini dikurniakan anak sulung bernama Iskandar Rizqi berusia empat tahun.

Sumber: Mstar

About admin

Check Also

[VIDEO]”Happy Birthd4y Dzakira Talita Zahra…” Ucapan Hari Lahir Bu4t Talita Buat Ramai Tersentuh

  Semalam merupakan hari ulang tahun anak kedua seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi dan penyampai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.