Bina4 Tembok At4s Tanah Sendiri, Lelaki D4kwa ‘Dimusuhi’ Jiran Ker4na Tutup J4lan Kelu4r

Hal-hal mengenai tanah memang cukup ‘lumrah’ dalam kehidupan sesebuah masyarakat, apatah lagi jika ia melibatkan hak seseorang terhadap tanah tersebut.

Baru-baru ini, seorang lelaki di Indonesia meluahkan rasa kecewanya setelah dikecam oleh jirannya gara-gara menaikkan tembok batu di atas tanahnya sendiri.

Luahan kecewanya itu dikongsikan menerusi satu video yang dimuat naik ke akaun TikToknya dengan kapsyen ringkas bertulis, “Bodo amat yang penting aku bangun tembok,”

Berdasarkan apa yang ditulis dalam video, difahamkan pada asalnya dia membangunkan tembok batu di atas tanahnya sendiri di dalam kawasan rumahnya.

Bagaimanapun pembinaan tembok tersebut tidak disenangi oleh jiran-jirannya kerana ia didakwa telah menutup laluan keluar masuk ke rumah mereka masing-masing.

Tambah Suara.com, melihat kepada video tersebut, individu tersebut membina tembok yang sangat dekat dengan dinding rumah jirannya dan di dinding berkenaan ada pintu untuk masuk ke rumah jiran tersebut.

“Apa salah saya bangunkan tembok kat atas tanah saya, tak kan?

“Tapi jiran-jiran tak terima, katanya ia dah tutup pintu keluar masuk mereka dan akhirnya (kami) bermusuhan,” tulisnya dalam video itu.

Video pendek berdurasi 15 saat itu tular dan ditonton lebih 2.3 juta kali setakat ini, selain turut mengundang pelbagai maklum balas berbeza daripada netizen.

Dalam ramai-ramai yang memahami nasibnya, ada netizen tidak bersetuju dengan tindakannya kerana mendakwa ia telah mengganggu ruang awam.

Sumber: Suara

About admin

Check Also

Ber4ng Pelajar Tidur, Guru Dirak4m Pukul, Seret Dan Tolak Pelajar Ke Lantai

  Seorang pelajar di sebuah sekolah di China dilaporkan telah dipukul oleh seorang guru selepas dia dipercayai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.