Penump4ng terper4san pem4ndu teksi let4kkan helaian kert4s di stereng kereta. Bila dit4nya, jaw4pan diberik4n buat dia terkedu

Kata pemilik gambar : Hari ini saya naik teksi dan terperasan pemandu teksi melekatkan helaian Al-Quran di stereng keretanya. Kemudian saya minta izin untuk ambil gambarnya tetapi dia halang dan berkata :

“Minta maaf tolonglah jangan sebarkan, saya takut jadi riak nanti.”

Saya membalas :

“Pusing muka, saya akan ambil gambar dari belakang. Saya mahu anda jadi contoh untuk orang ramai”.

Dia pun bersetuju.

Saya tanya dia :

“Saya nampak awak tak berhenti baca Al-Quran dari tadi”

Jawabnya :

“Saya bukan baca, saya hafal. Setiap kali berhenti ketika lampu isyarat merah, saya akan mula hafal. Bila dah mula lampu hijau, saya akan mengulang ayat yang dihafal tadi.. Begitulah”

Allahuakbar sahabat sekalian. Bila baca kisah ini, teringat firman Allah swt betapa mulianya ahli Al-Quran.

‎{ رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ }

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat;

mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.” (An-Nur, 37)

Ganjaran hafal al-Quran

Mengahafal al-quran merupakan satu perbuatan di mana seorang hamba-Nya ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT dan mengharapkan ganjaran pahala di dunia dan di akhirat. Justeru, Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang cukup besar kepada mereka semua tidak kiralah di dunia mahupun di akhirat. Antara kelebihan seorang penghafal al-Quran di dunia adalah :

1. Mereka diangkat sebagai seorang pemimpin

Seseorang yang lebih banyak hafalannya lebih diutamakan untuk dijadikan sebagai pemimpin ataupun imam solat. Hal ini bertepatan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al Khudriy ra, Beliau mengatakan,

Rasulullah SAW bersabda, “Jika kalian berjumlah tiga orang (dan hendak mengerjakan solat berjamaah) makan hendaklah salah seorang dari kalian yang paling banyak hafalannya menjadi imam”

2. Mereka dianugerahkan hati dan pemikiran yang tenang dan lapang
kanak kanak membaca al quran

Orang yang menghafal al-Quran merupakan seorang yang lebih dekat dengan Allah SWT. Hal ini demikian kerana ayat-ayat suci al-Quran tersimpan di dalam dada mereka dan mereka berusaha untuk mengekalkannya dengan baik. Para penghafal al-Quran akan sentiasa “murojaah” atau mengulang bacaan al-Quran mereka dengan tujuan untuk menjaga hafalan mereka. Oleh hal yang demikian, hati mereka akan sentiasa mrngingati Allah SWT, dan sesungguhnya hati yang sentiasa mengingati Allah SWT akan mendapatkan ketenangan seperti yang telah dinyatakan di dalam surah Al-Ra’d, ayat ke 28 yang berbunyi :

{الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ}

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram”

3. Mereka merupakan insan istimewa Allah SWT
tiga orang kanak kanak tahfiz

Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia.”

Kemudian Anas bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Iaitu ahli Al-Quran (orang yang membaca atau menghafal al-Quran dan mengamalkan isinya). merekalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi Allah.” (Riwayat lbn Majah)

4. Mereka dapat memberi syafaat kepada ahli keluarga mereka
pelajar maahad tahfiz

Mafhum sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca al-Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 orang anggota keluarganya yang mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka.” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

5. Mereka bakal mendapatkan syurga yang tertinggi
gerombolan pelajar madrasah

Daripada Aisyah r.ha., Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya: “jumlah tingkatan—tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat al-Quran. Maka tingkatan syurga yang dimasuki oleh penghafal al-Quran ialah tingkat yang paling atas, tidak ada tingkat lagi sesudah itu.” (Riwayat al-Baihaqi dan al-Hakim)

Banyak lagi kelebihan untuk seseorang yang mengahafal al-Quran yang tidak disertakan di sini. sesungguhnhya mereka merupakan insan-insan yang telah banyak berkorban untuk memperjuangkan agama Islam. Oleh hal yang demikian, ibu bapa dan kita sendiri seharusnya berhasrat untuk menjadi seorang hafiz dan mendidik anak-anak mereka dengan baik agar kita berjaya di dunia dan akhirat.

Sumber : Muslim Beriman

 

About admin

Check Also

Allahuu… Kemati4n Y4ng Sungguh ‘Menghidupk4n’ Hati. Gadis C4ntik Ini Menghembusk4n Nafas Ter4khir Ketika Memb4ca Al-Quran Di Pangku4n Bap4nya

Kisah ini pernah tular pada awal tahun 2018 dan mendapat liputan meluas oleh media di …

Leave a Reply

Your email address will not be published.