Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kesal dan ger4m terhadap segelintir penghantar makanan yang melakukan tugas sambil lewa.
Berdepan sendiri pengalaman terbabit, dedah Rita dia terkilan apabila makanan yang dipesannya hanya dihantar dengan cara meletakkan di tempat panas dan terdedah.
Lebih mengecewakan, makanan yang dipesannya itu diletakkan berhampiran dengan tempat pembuangan samp4h.
“Benda makan… rezeki… letak dekat tempat panas dan terdedah. Apa salahnya letak dekat tempat teduh.
“Inilah segelintir penghantar makanan yang tidak ikhlas dan tak bertanggungjawab pada kerja dan rezeki dia sendiri.
“Makanan diletakkan atas tempat buang samp4h pula tu,” tulis Rita menerusi hantaran di Instagram Stories pada Ahad.
Pun begitu, tegas Rita, dia tidak memukvl rata menvduh semua penghantar makanan punyai sikap sedemikian.
“Saya bukan cakap semua.. Ada sesetengah hormat dengan makanan, pergi letak depan pintu atau tempat tertutup dan siap lapik lagi,” tambahnya.
View this post on Instagram
Sumber : Media kisah antara kita