Faizal Hussein T4k Kecoh Kalau Dap4t ‘Offer’ G4ji Ciput,- “Tak Setuju Jang4n Buat”

Isu bayaran rendah dan tidak setimpal kepada pelakon senior bukan perkara baharu dalam industri hiburan tempatan.

Walaupun ramai yang bersuara tentang wujudnya diskriminasi perbezaan bayaran antara pelakon veteran dan baharu, namun ada juga yang memilih untuk hanya berdiam diri.

Bagi aktor senior seperti Faizal Hussein, 54, dia berpendapat seseorang anak seni itu harus menjaga maruah dan kredibiliti sebagai pelakon tanpa perlu menghebahkan kepada umum tentang nilai sesuatu kerja yang ditawarkan.

 

“Sebenarnya andai seseorang pelakon tu ditawarkan bayaran murah dan dia tak nak buat, dia tak perlu bercakap dekat sosial media atau khalayak ramai. Kita tak seharusnya beritahu orang kita dibayar murah.

“Saya pernah di blacklist oleh stesen televisyen selama 20 tahun, perkara tu memang dah biasa. Ketika di peringkat tu saya tak pernah pun beritahu akhbar (wartawan) yang saya tak ada job dengan stesen berkenaan.

“Hakikatnya kalau saya di blacklist oleh stesen itu, bukan bermaksud saya tak laku dekat stesen lain. Stesen lain menghargai saya dan saya percaya rezeki tu ada di mana-mana,” katanya.

Faizal berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang disiarkan menerusi Facebook live.

Selain Faizal, rancangan yang membincangkan tentang isu nasib pelakon veteran itu turut menampilkan pelakon dan pengarah Erma Fatima, pengarah Rashid Sibir dan penerbit Fadzil Teh sebagai ahli panel.

Perbincangan menerusi topik Veteran: Emas Tak Berharga itu dikendalikan pengacara terkenal, Awal Ashaari.

 

Tambah Faizal yang menjadikan bidang seni sebagi mata pencarian utama, dia akan memastikan setiap bayaran yang diterima itu berbaloi dengan kemampuan dan kredibilitinya.

“Saya memang details sikit dalam memilih naskhah dan isu bayaran. Kalau saya tak setuju dengan bayaran tu saya tak akan buat projek berkenaan.

“Saya memang cari nafkah dengan lakonan sahaja jadi sudah tentunya saya akan memastikan bayaran yang diterima berbaloi,” katanya.

“Tapi sebenarnya isu bayaran pun bergantung kepada situasi, kalau kawan saya Rashid Sibir telefon dan buat tawaran berapa pun saya terima je sebab dah kenal lama,” katanya.

 

Sementara itu berhubung trend semasa stesen televisyen yang gemar memilih pelakon baharu dalam kalangan bintang media sosial dengan jutaan pengikut, Faizal berkata dia memahami perubahan berkenaan.

Namun kata Faizal, pada akhirnya bakat yang dimiliki oleh seseorang pelakon untuk menggalas sesuatu watak itu menjadi perhatian penonton.

“Mungkin stesen TV dalam peringkat eksperimen untuk mencuba sama ada mereka ni boleh menarik penonton semasa drama tu ditayangkan ataupun tidak.

“Tetapi saya berpendapat bakat adalah lebih penting daripada jumlah followers.

“Ini kerana apabila drama tu ditayangkan, penonton akan menonton jika naskhah berkenaan betul-betul sesuai dengan cara lakonan pelakon,” katanya.

Sumber: Cari

About admin

Check Also

“Seronok Tak Jadi Kay4?”- Wawa Zainal B4las Komen Peminat & Akui Hidupnya Memang Nampak Manis Tpi Sebenarnya…

  Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal tampil menjawab persoalan peminat mengenai adakah dirinya berasa seronok apabila menjadi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.