‘Bergoyang’ di kaunter jaga parking pula… Viral sekali lagi

Namun tanpa disangka, pemuda yang dikenali sebagai Angah Akif ini viral sekali lagi di applikasi TikTok. Meskipun di percayai bertugas di kaunter parking sebuah perumahan, pemandu yang perasan kelibatnya tidak melepaskan peluang untuk merakam lelaki berkenaan. Paling mencuit hati, dia juga ‘sporting’ untuk ‘goyang’ mengikut rentak lagu sama seperti video yang viral dahulu.

 

@4pytts_ada yang kenal abang sporting ni ka ? 😂♬ original sound – Ayah_abdi

Manis tak senyuman dia?… Belanja video tanpa lagu

Menerusi perkongsian oleh pemilik akaun Faarah Nazry ini, pemuda itu terus menyoal ada kamera lagi yang merakamnya, Hal ini kerana telah banyak kali berlaku perkara itu. Namun begitu, Angah Akif langsung tidak berasa marah dengan tindakan tersebut, malah dia santai bersembang dengan ‘peminatnya’.

 

@farahnazryyReply to @achiq9090 ni saya belanja video petang tadi tanpa lagu. Manis dak senyuman dia? 😂

♬ original sound – 𝘍𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘕𝘢𝘻𝘳𝘺 🦋 – 𝐅𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐍𝐀𝐙𝐑𝐘 🌸

Tiap yang jumpa nak video tu, jenuh lah… Untung bakal isteri dia, rajin buat banyak kerja

Melihat keruangan komen, ramai netizen yang mengakui pelik apakah pekerjaan sebenar pemuda berkenaan kerana melihat dia banyak kali bertukar pekerjaan. Walaupun begitu, netizen tetap memuji kerajinan dan sikap tidak memilihnya soal bekerja walaupun dia popular di applikasi TikTok.

Sumber: Erin Sakura