Menerusi satu laporan Utusan, Soffi Jikan berkata dia sebenarnya dah lama dapat gelaran berkenaan dan memilih untuk tidak bercakap tentangnya.

“Dah lama saya dapat gelaran berkenaan, tetapi saya tak nak komen lebih-lebih tentang hal itu sebab atas nasihat dari peguam. Anda semua nanti akan dapat jawapannya. Allah tak akan sembunyikan hal yang baik.”

Kata Soffi Jikan, dia taknak cakap lebih-lebih sebab khuatir jika tersalah cakap nanti boleh beri impak yang tertentu.

“Jika saya jawab saIah, tapi kalau tak jwab pun saIah juga. Namun saya rasa benda ini akan terjawab juga nanti, elok ianya hadir dalam surat rasmi sebagai bukti, itu adalah lagi bagus.”

Ditanya tentang persepsi dari orang ramai termasuk netizen yang akan mengatakan gelaran itu dapat kerana dia beli, ini reaksi dari Soffi Jikan.

“Nak beli gelaran Datuk? Saya boleh tunjuk pada kamu bahawa akaun bank saya dalam tu hanya tinggal RM1 saja. Tak perlu nak cakap lebih, saya ni memang jujur. Duit saya hanya tinggal RM1, macam mana nak beli? Tidak masuk akaI.”

“Sebenarnya sebelum ini, biIa ada yang tahu saya ada Datuk, ramai yang datang dan ada yang minta derma. Namun mereka tak tahu, saya bukan orang senang, bagaimana nak derma.”

Jelas Soffi Jikan lagi, dia selesa saja apabila orang tak panggilnya tanpa gelaran Datuk.

“Hidup ini ada dua pilihan, senang atau tenang. Saya pilih tenang kerana kalau terlalu senang selalunya tak tenang.”

Soffi Jikan kini pun sedang berkecimpung dalam dunia perniagaan apabila tampil dengan produk minyak pelincir kenderaan dengan nama SOP.

“Saya kini sibuk membangunkan perniagaan minyak peIincir kenderaan di bawah jenama Super Oil Power atau SOP.”

Semoga Soffi Jikan akan lebih maju dan sukses. Tahniah buat Datuk Soffi Jikan