“BiLa Kerajaan D4h Benarkan Menziarah, Tak Ada Pulak Berduyun Datang.. Mungkin Sibuk Bercuti Gam4knya”Jasmin Hamid Tert4nya Mengapa kawasan Perkubur4n Lengang

Pelakon popular, Jasmin Hamid meluahkan rasa ingin tahu apabila menyaksikan kawasan perkuburan yang sering dikunjungi untuk menziarahi pusara ayah dan bondanya kelihatan lengang walaupun selepas aktiviti menziarah dibenarkanoleh pihak kerajaan.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Jasmin berkata, dia berasa agak hairan memandangkan ramai yang merungut tidak dapat melakukan aktiviti ziarah sewaktu tanah perkuburan diarahkan tutup akibat penularan wabak COVID-19 yang melanda negara.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

Syukur kepada Allah… Dengan izin-Nya saya dapat ziarah kubur arwah mama dan arwah baba saya setelah sekian lama tak dapat ziarah kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Walaupun doa yang tak pernah putus buat kedua arwah Ibu bapa saya, tapi saat dapat menziarah kubur orang tersayang teramatlah nikmat dan bahagia… Sesungguhnya arwah tahu akan kehadiran kita saat menziarahi mereka.

Cuma dalam hati kecil saya berkata-kata… Kenapa tak ada orang yang datang menziarah pusara? Selain dari orang yang sama saja yang selalu datang ziarah kubur keluarga mereka, sedangkan masa tu adalah hujung minggu.

“Bukan semua orang kerja hujung minggu dan tinggal luar daerah pun. Kebanyakan yang dikebumikan di sini, keutamaan diberikan untuk khariah di sini… Hanya segelintir sahaja orang luar daerah.

“Padahal masa PKP hari tu, ramai yang merungut kenapa tutup kawasan kubur, marah tak dapat ziarah kubur dan sampaiada yang kena saman sebab ziarah kubur masa PKP, ” luah Jasmin

 

Dalam masa sama, pelakon berusia 47 tahun itu turut berkongsi pengalaman yang terpaksa dilalui ketika menziarahipusara sewaktu musim perayaan.

“Pengalaman saya sendiri, ramai yang ziarah kubur hanya rtasa Hari Raya Aidiftri dan Aidiladha sahaja. Sampai sesakiah jalan nak masuk kubur. Dah macam pesta… Semenjak pada tu, menjelang hari raya, saya akan menziarah kubur arwah ibe bapa saya sehari sebelum sebab tak sanggup nak berebut parking dengan pengunjung yang datang berziarah

“Bila Kerajaan dah benarkan menziarah, tak ada pulak berduyun yang datang menziarah? Mungkin ramai yang sibuk pergi bercuti gamaknya. Penuhkan tempat percutian dari datang menziarah kubur dan penuhkan masjid. Ini adalah fitrah manusia. Husnudzon sahajalah,” tulis Jasmin.

Dalam pada itu, Jasmin turut berkongsi pesanan yang diterima oleh arwah opahnya suatu ketika dahulu.

“Saya sentiasa ingat pesan arwah opah saya. Selagi khai hidup, kerja tak akan pernah habis. Dan sibuk kerja bukanlah alasan yang boleh dipakai untuk kita abaikan masa bersama orang tersayang. Kita sendiri yang kena tentukan masa itu selagi Allah masih pinjamkan nafas buat kita.

“Semoga Allah ampunkan segala dosa saya dan seluruh umat muslimin dan muslimat. Diharamikan azab api nergkc dani

fitnah kubur. Mendapat Khatimah, ditempatkan di dglam syurga-Nya tanpa hisab dan dapat bersama dengon Baginda Rasulullah di dalam Syurga Firdaus. Amin,” tutup Jasmin.

Untuk rekod, kedua ibu dan bapa meninggal dunia pada 26 Mei 2016 dan 18 Disember 2016.

Sumber : Gempak

About admin

Check Also

[VIDEO]”Happy Birthd4y Dzakira Talita Zahra…” Ucapan Hari Lahir Bu4t Talita Buat Ramai Tersentuh

  Semalam merupakan hari ulang tahun anak kedua seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi dan penyampai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.