‘Semoga Lebih Matang Dari Segi Keputus4n’ – Muncul Kh4bar Angin Fizo Omar Nikah 21 Oktober Ini, Sek4li Bekas Isteri Bersu4ra

Tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Itu peribahasa yang sesuai apabila muncul desas-desus yang mengatakan pelakon Fizo Omar bakal menamatkan zaman duda pada 21 Oktober ini.

Bekas isteri usahawan tersebut iaitu Mawar Abdul Karim mengakui Fizo ada memberitahu dia sedang berkawan dengan seseorang dan serius dengan perhubungan itu.

Kata Mawar, 32, Fizo juga pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin tahun ini tetapi tidak dikongsikan tarikh.

Dia memang ada beritahu sedang berkawan dan serius dengan seseorang. Dia ada cakap nak kahwin, tapi tak tahu bila.

Soal bila nak kahwin tu, dia hanya kata tahun ini dan dalam perancangan tapi tak tahu bila. Kira okaylah dia beritahu saya.

Doakan yang terbaik

Dalam pada itu, Mawar turut mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya itu jika apa yang diperkatakan itu benar.

Dia cakap lama dah soal ini. Saya kata okay dan syukur. Jadi, saya doakan yang terbaik buatnya. Semoga dapat belajar dari kesilapan, lebih matang dari segi keputusan. Sekali lagi, kita doakan yang terbaik.

Usaha sumber ! untuk mendapatkan kenyataan daripada pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar tidak berjaya apabila kiriman mesej yang dihantar tidak dibalas.

Terdahulu, Fizo dan Mawar berc.erai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Harian Metro via ohbulan.com

About admin

Check Also

“Seronok Tak Jadi Kay4?”- Wawa Zainal B4las Komen Peminat & Akui Hidupnya Memang Nampak Manis Tpi Sebenarnya…

  Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal tampil menjawab persoalan peminat mengenai adakah dirinya berasa seronok apabila menjadi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.