Selep4s Keluar D4ri Hospit4l, Ust4z Kazim Elias Berit4hu Ke4daan Terkini B3liau (Video)

Penceramah bebas, Ustaz Datuk Kazim Elias dibenarkan pulang hari ini selepas dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, HUSM sejak Jumaat lalu.

Menurut Pakar Jantung HUSM Prof Datuk Dr Zulkurnain Yusof, Kazim telah mengalami serangan jantung dan ia kali pertama beliau mengalaminya.

Katanya, Kazim telah menjalani rawatan angiogram dan stenting semalam, berikutan salah satu saluran koronari arterinya tersumbat.

Dr Zulkurnain berkata, beliau tidak dibenarkan untuk menjalankan sebarang aktiviti ceramah selama enam minggu.

Pada sidang media di HUSM, pagi tadi, Kazim berkata, keadaannya stabil, namun memerlukan rehat secukupnya.

Beliau turut menjelaskan akan menangguhkan semua aktiviti dan program ceramahnya selama enam minggu.

Jumaat lalu, Kazim mengadu sakit dada ketika berceramah di Gunong, Bachok, sebelum dibawa HUSM Kubang Kerian.

Kazim yang tiba di Kelantan petang Jumaat dari Terengganu, dijadualkan menyampaikan ceramah agama selama dua jam bermula 9 malam, anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Naik wheelchair elektrik

 

Ustaz Kazim Elias telah memuat naik video dimana beliau sedang menaiki sebuah kerusi roda berkuasa elektrik.

Menurut beliau kerana kaki beliau masih belum kuat untuk berjalan sendiri, kerusi roda elektrik ini sangat penting untuk dia bergerak.

Video:


Video dimana Ustaz Kazim Elias memberitahu keadaan dia sekarang.

Sumber : Astro Awani / FB Ustaz Kazim Elias

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.