Tabah jag4 suami patah tengkuk, kom4 tiga t4hun

Gua Musang: Janji sehidup semati ketika mula mendirikan rumah tangga memberikan ketabahan dan kesetiaan kepada seorang isteri menjaga suaminya yang koma sejak tiga tahun lalu.

Nur Syamsinar Sudin, 29, tabah menjaga suaminya, Aziz Ibrahim, 31, yang mengalami patah tengkuk, kecederaan di kepala dan badan selepas kemalangan jalan raya.

Pada masa sama, wanita itu tidak pernah putus berdoa kepada Tuhan supaya keajaiban berlaku dan suaminya sembuh semula, selain berniaga kecil-kecilan di rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil, di sini.

Menurutnya, selain memberi minum susu kepada suaminya sebanyak empat kali sehari, dia menjual nasi di warung untuk menampung perbelanjaan keluarga.

“Saya ingin mencari rezeki untuk bagi menampung perbelanjaan keluarga termasuk seorang anak lelaki.

“Tiada cara lain untuk mengubati suami, sebaliknya hanya mampu berdoa sahaja selepas rawatan di hospital tidak lagi menjamin kesembuhannya,” katanya.

Nur Syamsinar berkata, suaminya sebelum ini bekerja sebagai jurujual kerusi urut dan terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal di Tanah Merah pada Januari 2019.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan suaminya mengalami pendarahan di kepala dan menjalani pembedahan membuang tempurung kepala, selain patah tengkuk dan dua pergelangan tangan hingga koma sampai sekarang.

Katanya, suaminya sudah menjalani tiga pembedahan termasuk membabitkan kepala yang bengkak dipenuhi air dan tulang belakang.

“Suami mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 untuk membeli lampin pakai buang dan susu.

“Bagi menampung perbelanjaan makan dan minum saya bersama seorang anak lelaki berusia empat tahun, saya menjual nasi kerabu pada sebelah pagi,” katanya.

sumber :Harian metro

About admin

Check Also

“Puak LGBT M4kin Berpuak4!”- Pu Syed SeIar Tind4kan Sifu Lentik

  Nama PU Syed bukanlah asing lagi di kalangan wargamaya. Sifat beliau yang tegas tetapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.