DSV Dakwa Terken4 Buatan Orang, Mohon Do4 Kemb4li Sih4t

Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) akui telah terkena buatan sihir daripada pihak yang tidak bertanggungjawab berikutan dirinya berada dalam keadaan sihat serta tidak bermaya sejak beberapa hari lalu.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh DSV menerusi laman Instagram nya pada malam Khamis selepas mendapatkan khidmat seorang ustaz dalam menjalani rawatan secara Islam. Terdahulu, pada Rabu DSV mendedahkan dirinya berasa ‘panas’ dan pitam pada malam sebelumnya.

 

Dalam video secara langsung itu, kelihatan DSV memegang telur dan meletakkan beberapa kali pada wajahnya dipercayai sebagai medium perubatan. Malah pada telur itu juga tertulis sesuatu dipercayai beberapa ayat suci Al-Quran. Bagaimanapun, ibu kepada pelakon dan penyanyi Cik B itu menegaskan bahawa ia bukan lakonan selain meminta ustaz yang merawatnya mengesahkan perkara tersebut.

“Ustaz bagi penerangan sedikit dan cakap kepada mereka ustaz daripada mereka fitnah saya

“Tak ada nak drama-drama lah benda ini bukan nak berdrama. Daripada nak pergi berlakon dengan Michael Ang bukan mudah nak bayar saya

“Dan bukannya masalah stress” ujar DSV

Jelas DSV lagi, dia masih tidak boleh mendedahkan dengan lebih terperinci mengenai apa yang terjadi kerana masih dalam rawatan. Terdahulu, nama DSV menjadi sebutan ramai di media sosial selepas mendedahkan ingin mendirikan rumahtangga dengan bekas pembantu peribadinya. Namun, perkara tersebut seperti mendapat tentangan Cik B dan ‘status’ untuk meneruskan perkahwinan mereka ketika ini juga masih samar.

Sumber: Murai

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.