Du4 t4hun bersara bid4ng lakonan, pelakon ‘Dangal’ Zaira Wasim kongsi foto berjub4h

DUA tahun mengambil keputusan untuk bersara daripada bidang lakonan, pelakon Bollywood Zaira Wasim berkongsi foto pertamanya berpakaian jubah di Instagram.

Zaira yang kini berusia 20 tahun memperlihatkan dirinya di atas jambatan dengan membelakangkan kamera di bawah sinaran matahari dengan kapsyen ‘The warm October Sun’.

Selain itu, bintang filem Dangal, Fatima Sana Shaikh dan Vibrant turut menyukai foto peminat.

Ruangan komen Zaira dipenuhi dengan ucapan salam dan terima kasih oleh peminatnya.

Selain Dangal, Zaida turut membintangi filem Secret Superstar dan The Sky Is Pink.

Tahun lalu, Zaira meminta peminatnya untuk tidak lagi berkongsi dan memadam kesemua gambarnya dari akaun media sosial.

Zaira berkata, dia kini sedang berusaha untuk memulakan hidup baru.

Sebelum ini, Zaira mengumumkan untuk bersara daripada dunia lakonan kerana menganggap kerjaya lakonan bertentangan dengan kepercayaan agama Islam.

Sumber : mStar Online

About admin

Check Also

Ziana Zain tak ber4ni tutup pintu hati, t4kut ada jodoh di masa hadapan

  EMPAT tahun bergelar ibu tunggal, Ziana Zain memberitahu dia tidak memikirkan soal jodoh sebaliknya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.