Erra Fazira berkorb4n untuK Aleesya

Kuala Lumpur: Perkongsian penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira mengenai kekuatan melepaskan anak perempuannya, Engku Aleesya kepada bekas suami, Engku Emran ketika bercerai pada 2014 menjentik perasaan ramai pihak.

Menerusi sebuah program TV yang dihoskan Amin Idris, Erra dilihat cuba menahan perasaan ketika meluahkan perasaannya.

“Bukanlah sesuatu yang mudah untuk melepaskan ‘custody’ (penjagaan). Seperti yang kita semua maklum ‘custody’ itu ialah kebanyakannya milik seorang ibu.

“Namun, saya ada sebab dan alasan saya. Pengalaman saya, tak guna jika bagi saya kedua-duanya berkeras, dua-dua berdegil. Akan ada seorang menjadi mangsa.

“Maka saya memilih, walaupun kalau saya yang perlu berkorban, saya berkorban untuk anak saya. Saya tak suka bergaduh,” katanya.

Erra berkata, dia bukanlah seorang yang suka menuding jari menyalahkan mana-mana pihak. “Seandainya semua kesalahan itu harus jatuh ke tangan saya, saya sedia terima. Ya, saya sedia terima itu adalah pendirian saya. Asalkan semua orang bahagia. Jadi saya cuba.

“Bukan sesuatu yang mudah. Satu minggu saya di rumah dan nak menerima hakikat itu sangat payah. Saya tak nak keluar rumah. Saya berbicara dengan Allah beri kekuatan dan adakah ini yang terbaik? Dalam masa satu minggu itu saya dapat jawapannya, kekuatan itu datang,” katanya.

Menurutnya, apa yang dilakukan itu semuanya ialah untuk kebahagiaan terutamanya Aleesya dan keluarganya.

“Banyak benda saya kena jaga. Ketika itu usianya tiga tahun. Dia tanya kenapa dah tak balik rumah? Kenapa dia kena di rumah sana lebih lama?

“Kadangkala nak berpisah itu dia menangis sebab tak cukup masa bersama emak dan emak pun tak cukup masa bersama anak.

“Tapi saya terangkan kepadanya cara dewasa. Buat masa ini saja. Satu hari nanti kita doakan biar lembut hati semua orang tanpa ada perbalahan.

Video dari TikTok fashaaariana yang dimuatkan di Instagram errafazira.beautyhq ini sudah mendapat tontonan hampir 19,000 peminat setakat ini.

Malah ramai warganet yang memuji tindakan yang diambil Erra dalam perkara ini.

Sumber : Harian Metro

About admin

Check Also

Dua negara berbaIah as4l usul silat, sekali ini respon pel4kon ‘Mat Kilau’ sendiri, Yayan Ruhian

  ISU mengenai asal usul silat sering menjadi topik perbualan dan perb4lahan netizen di media sosial. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.