‘S4ya h4nya mampu berdoa kep4da Allah’

Jerantut: “Ketika saya sedang berehat di ruang tetamu bersama anak, tiba tiba terdengar bunyi angin yang kuat dan selepas itu diikuti hujan yang sangatlebat.

“Tidak lama kemudian terdengar atap rumah saya macam terangkat dan semua atap rumah saya diterbangkan angin,” kata Basimah Kesah, 70, dari Felda Sungai Retang.

“Dalam keadaan basah kuyup saya hanya mampu berdoa kepada Allah, agar ribut itu berhenti dengan cepat,” katanya.

Beliau berkata, ribut selama setengah jam itu berlaku 3.40 petang semalam, ketika beliau bersama anaknya sedang berehat di rumah sebelum angin kuat membadai dan menerbangkan hampir keseluruhan atap rumah mereka.

Katanya, rumah jirannya pula hanya tercabut beberapa keping atap.

Angin kencang selama kira-kira 30 minit turut merosakkan enam rumah lain di Kampung Chebong dan dua daripadanya ditimpa pokok.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin yang melawat mangsa kejadian turut menyampaikan sumbangan awal bagi membantu meringankan beban untuk mangsa membaikpulih rumah masing-masing.

Sumber : Harian Metro

About admin

Check Also

Anak Krltikal & Ditidurk4n, Ibu Kanak2 Termak4n D4dah Rup4nya Sdng Derita K4nser Tahap Lima

  Kisah kanak-kanak empat tahun dari Kelantan yang kini dalam keadaan kritikal selepas dadah jenis …

Leave a Reply

Your email address will not be published.