(VIDEO) “DOAK4N KAK ANIS NAMP4K DI SYURGA”, AK4K ‘ISTIMEWA’ BU4T LIVE GIGIH C4RI REZEKI, WARGANET P4KAT “SUPPORT”

Kerana terlambat untuk merujuk ke hospital, doktor telah sarankan untuk membuat pembedahan pada sebelah matanya sahaja, dan tak lama kemudian matanya yang lagi sebelah telah berjangkit. Dan pada ketika dia berusia 10 bulan, beliau difahamkan telah menjadi buta sepenuhnya.

 

@anisa_samsudinBalas kepada @intantanea05 Kak Anis totally blind.♬ bunyi asal – kak Anis

Namun begitu, kekurangan tersebut tidak langsung mematahkan semangatnya dalam mencari rezeki yang halal.

Difahamkan bahawa, beliau ada berniaga dengan membuat live di media sosial bagi mempromosikan barangan yang dijualnya itu demi kelangsungan hidup di musim pandemik ini.

Bagi yang mahu membeli barang yang dijualnya itu, boleh lah tengok di akaun TikToknya atau terus mesejnya melalui Whatsapp seperti yang terdapat pada profile akaun TikToknya itu.

Melihat kepada akaun TikToknya, beliau juga turut mesra menjawab soalan-soalan yang diajukan warganet kepadanya.

Manakan tidak, dengan keadaannya itu, warganet pasti ingin tahu bagaimana yang beliau menjalani kehidupan seharian dan sebagainya.

Namun dalam banyak-banyak soalan yang diajukan itu, ada satu soalan yang dijawabnya, amat menyentuh hati.

Saoalan tersebut menyatakan bahawa jika beliau diberikan rezeki suatu hari nanti untuk melihat buat pertama kali, apakah yang beliau akan buat.

“Kak Anis akan tengok muka semua family Kak Anis termasuk mak ayah Kak Anis adik-beradik Kak Anis, anak-anak dan suami Kak Anis.

“Sebab Kak Anis rindu sangat nak tengok muka dorang, sebab kak Anis tak pernah tengok pun muka siapa-siapa pun,” ujarnya.

Tambahnya lagi, impian tersebut seakan tidak akan menjadi kenyataan kerana pihak doktor menyatakan kepadanya yang saraf matanya telah rosak sepenuhnya.

“Tapi kalau nak ikutkan kata doktor, Kak Anis takde harapan untuk melihat semula sebab mata Kak Anis dah rosak habis. Saraf Kak Anis dah rosak juga.

“Jadi, ada penderma doktor nak derma mata kat Kak Anis, tapi doktor kata memang tak boleh, tak sesuai dan tak boleh. Doakan Kak Anis boleh tengok dekat syurga” katanya.

Video tersebut pun lantas menjadi tular, sehingga kini ianya telah ditonton lebih 28 ribu kali.

 

@anisa_samsudinBalas kepada @sarahhumaira312 #fypシ゚viral #fypsounds #tiktokmalaysia

♬ bunyi asal – Fizi Omar

Sumber: anisa_samsudin Via SIAKAP KELI

About admin

Check Also

GILIR4N USAHAWAN YG PENUH KONTROVERSI, SAFIEY ILIAS PULA AKAN BERHIJRAH KE NEGARA L4IN SEPERTI SAJAT. INI NEGARA YG DIA PILIH

Sebelum ini kita digegarkan oleh penghijrahan usahawan kosmetik yang popular dengan kontroversi iaitu Sajat ke …

Leave a Reply

Your email address will not be published.