Kis4h Ibu Bapa Terbuk4 Hati Peluk Islam Selepas Lihat Perub4han Baik An4k2. Terima Kasih ker4na menunjukk4n telad4n yang baik selep4s memeluk Islam..

Hidayah Milik Allah SWT dan beruntunglah kepada mereka yang telah dikurniakannya. Dalam kisah yang dikongsikan ini menunjukkan betapa penting seseorang yang beragama Islam untuk menjadi Muslim sejati dan melaksanakan perintah Allah SWT agar menjadi seorang berbudi pekerti yang baik sehingga mampu menarik minat orang bukan Islam untuk menganuti agama yang suci ini.

SEBAGAI seorang muslim, memang tidak dapat dinafikan perasaan gembira apabila menerima saudara baru yang memeluk agama Islam.

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan, sesiapa yang memeluk agama Islam, d0sanya yang lalu akan diampunkan ibarat bayi yang baru lahir.

Hidayah untuk memeluk agama Islam itu datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang hadir secara lancar dan tenang malah ada juga yang hadir dengan pelbagai cab4ran yang berlikv-likv.

Namun begitu, disebabkan keyakinan yang tinggi kepada Yang Maha Esa dan juga pada diri sendiri, sebarang halangan pasti dapat diatasi.

Pada Jumaat lalu, sepasang suami isteri berbangsa Cina telah melafazkan dua kalimah syahadah selepas selesainya solat Jumaat.

Jelas pasangan ini, keputusan tersebut dibuat selepas terpesona dengan tingkah laku dan akhlak kedua-dua orang anaknya yang telah masuk Islam sejak lapan tahun lalu.

Anak perempuan pasangan itu, Mitchelle Nur Alya telah memeluk Islam pada tahun 2011 dan diikuti adik lelakinya, Vincent Choo sekitar tahun 2013.

Melihat perubahan yang baik pada anak-anak, akhirnya Michael Choo Hock Eng dan isterinya, Verginia Pacolba Gaco Choo terbuka hati untuk mengikut jejak langkah kedua-dua anak mereka.

Satu temubual antara pasangan suami isteri itu dengan TV Alhijrah telah menarik ramai pihak untuk mendengar kisah penghijraan mereka berdua.

Menerusi temubual tersebut, mereka menjelaskan bahawa kedua-dua anak mereka telah memberikan satu inspirasi dan contoh yang baik tentang ajaran Islam.

Berita dlm kisah penghijrahan keluarga ini turut mengembirakan para netizen. Ramai yang mengucapkan syukur terhadap mereka sekeluarga kerana berjaya memeluk Islam.

Pastinya ini merupakan satu kegembiraan tak terhingga buat Mitchelle Nur Alya dan Vincent Choo. Tahniah kepada mereka kerana telah berjaya membawa ibu bapanya bersama-sama memeluk Islam.

Sumber: Mysumbermaya.com

About admin

Check Also

“Hidayah” itu milik ALLAH “DUlU SAY4 BeNci ISLAM TET4PI SEKARANG SAYA S4NGGUP MATI KER4NA ISLAM” – NUR JACYNTHA

K!sah perjalanan seorang gad!s memeluk Islam telah menarik perhatian ramai terutama di laman sosiaI tahun …

Leave a Reply

Your email address will not be published.