Mungkin tak tahan kena ‘sidai’, rider foodpanda turun padang tebar roti canai.
Istilah sidai banyak digunakan bagi menggambarkan situasi di mana mereka yang bekerja sebagai rider terpaksa menunggu lama pesanan pelanggan yang sedang disiapkan pihak pekedai.
Di media sosial, sudah banyak kes kerja-kerja rider menjadi lambat apabila disidai terlalu lama, sama ada oleh pekedai mahu pun pelanggan sendiri dikongsikan.
Namun, kisah rider foodpanda kena sidai ini menarik perhatian kami.
Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, seorang pemandu foodpanda dilihat turun padang membantu pihak pekedai menyiapkan pesanan pelanggan dengan menebar sendiri roti canai yang dipesan.
@broarifffffJenis tak boleh kena sidai 😅 #fyp #ordertriple #foodpandamalaysia
Dengan muka yang agak bersahaja, mungkin ada yang boleh tersalah sangka beliau adalah pemilik kedai atau pun pekerja kedai.
Difahamkan kejadian berlaku di Selayang.
Aksi bersahaja beliau penuh skill mendapat perhatian netizen. Antara yang netizen komenkan pada video pekongsian @broarifffff.
Sumber : ROTIKAYA