Did4kwa ‘Diketuk’ Hingg4 RM12 Juta, Pas4ngan Usahaw4n Kerugi4n Lebih RM150,000 Gara-Gara Ters4lah Pilih Pereka Hias4n Dalam4n

Satu pasangan usahawan produk kecantikan sedang berusaha mendapatkan semula wang mereka setelah membayar deposit RM200,000 kepada pereka hiasan dalaman yang indah khabar dari rupa.

Merujuk perkongsian daripada usahawan syarikat Harqis Empire Sdn Bhd, di Facebook miliknya, dia yang mula berurusan dengan pereka hiasan dalaman (ID) tersebut sejak Mei 2021 terkejut apabila ‘diketuk’ sehingga RM12 juta nilai keseluruhan projek walaupun telah memberitahu ID tersebut hanya mahukan hiasan dalaman bernilai RM2 juta.

Walaupun pasangan itu telah memberi peluang kepada ID tersebut untuk membuat sebut harga baru bernilai RM2 juta, ianya tetap tidak menepati perjanjian mereka sebelumnya yang mana mereka dijanjikan idea design dengan gred premium material tetapi diturunkan kepada gred medium.

Menerusi perkongsian lain, pemaju tersebut memberitahu selalu menerima gangguan mistik sepanjang berurusan dengan usahawan tersebut.  Oleh itu, pasangan ini mengambil keputusan untuk tidak meneruskan projek atas keraguan dalam pelaksanaan projek serta tidak mendapat kata putus dari segi sebut harga yang sebenar.  Pihak ID tersebut juga dikatakan gagal memberikan bil serta gagal memberikan dokumen perjanjian yang telah disahkan oleh peguam.

Sehingga kini usahawan tersebut masih tidak mendapat kata putus dari ID tersebut berkenaan wang deposit RM200,000 miliknya dan telah membuat laporan polis serta mengupah peguam untuk menuntut hak mereka.

 

Sumber : Siakap Keli

About admin

Check Also

Treler Terb4lik Di Laluan USJ-Putra Height Pagi T4di, Seb4bkan Kedua-dua Arah Sesak

  Selasa bersamaan 2 Ogos, sebuah lori treler telah terbalik dan menyebabkan kesesakan  Kemalangan yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.