Hil4ng 300,000 Pengikut, Baim Wong Jump4 Pak Suhud Mohon Maaf & Meng4ku “T4k Berad4b”

Industri hiburan negara seberang sebelum ini dikejutkan dengan satu isu viral melibatkan pelakon, Baim Wong dengan seorang warga emas yang dikenali sebagai Pak Suhud.

Isu yang melingkari kedua-dua individu berkenaan bukan sahaja menjadi buah mulut masyarakat disana, malah turut mendapat perhatian netizen dari Malaysia juga.

Baim Wong yang menerima banyak kritikan daripada peminatnya turut kehilangan lebih 300,000 langganan di saluran Youtubenya hingga terkeluar daripada senarai Top 5 Youtuber dengan pelanggan paling ramai di Indonesia.

Baim sebelum ini sudahpun mengakui kesilapannya dan bersedia untuk bertemu dengan Pak Suhud bagi memohon maaf secara peribadi.

Menurut laporan Liputan6, hajat Baim sudahpun berjaya direalisasikan dan pertemuan dengan Pak Suhud berakhir dengan kedua-duanya bersetuju untuk berdamai.

”Saya sepatutnya mengakui kesalahan tersebut. Sebelum ini, saya masih merasakan saya di pihak yang benar dan tercari-cari apa salah yang saya buat. Tapi akhirnya saya menyedari, sebenarnya cara saya tidak beradab,” kata Baim dalam satu podcast.

Katanya lagi, dia seharusnya melayani Pak Suhud sebagai seorang ayah dan tidak sepatutnya menggunakan bahasa kasar apatah lagi mengherdik orang tua.

Foto-foto pertemuan Baim dengan Pak Suhud turut menjadi tular di media sosial. Kedua-dua mereka dilihat tersenyum, menjadi isyarat bahawa segala kekecohan yang timbul sebelum ini sudahpun berjaya diselesaikan.

Sumber: Liputan6

About admin

Check Also

Ziana Zain tak ber4ni tutup pintu hati, t4kut ada jodoh di masa hadapan

  EMPAT tahun bergelar ibu tunggal, Ziana Zain memberitahu dia tidak memikirkan soal jodoh sebaliknya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.