Selep4s 27 t4hun bermadu, Ini pes4nan padu Zarina Zainuddin kep4da wanita j4di isteri mud4

PELAKON Zarina Zainuddin tampil berkongsi nasihat susulan kisah poligami yang tular di media sosial baru-baru ini.

Kata Zarina, berkahwin dengan suami orang perlu persiapkan diri dengan mental yang kuat untuk berkongsi kasih.

Malah tegasnya, perasaan hormat kepada madu mesti ada terutama yang bergelar isteri muda.

“Nak kahwin dengan suami orang tak pandai ambil hati orang.. Niat awal-awal bulan madu tempah bilik sampai RM4500, sedihlah kau perempuan. Niat nak jadi isteri berkongsi kasih, ment4l kena kuat… Lelaki b0d0h je yang tak sayang bini pertama…

“Dia hidup susah-susah mula-mula kahwin dengan bini dia, kau datang semua dah ada pastu kau rasa semua kau punya ke..?

“Hormat hak orang yang pertama tetap yang pertama, sampai bila-bila kau yang nombor 2 dan seterusnya tu.. Bawa banyak bersabar.. Hati orang kau dah k0yak rabakkan pastu nak sedap-sedap dengan laki dia,” pesannya.

Tambah Zarina, biarpun tidak boleh menolak takdir, nasihatnya agar mengelakkan diri daripada mendekati lelaki milik orang.

“Ingat. Allah bayar tunai tak kira macam mana kau buat… Kalau ada pilihan tak payahlah laki orang.. S4kit jiw4 kau, kau tak kuat, tak redha asyik g4duh dengan orang.. Asyik nak kawal laki kau, akhirnya laki kau angkat kaki bye-bye..

“Orang lelaki lelaki tak nak pening-pening wei, dia orang nak sedap je pening tu untuk kau lah. Aku dah 27 tahun bermadu okay je belajar susah senang bersama, bukan masa senang je kau nak tempel, masa susah kau c4but… Bini apa?

“Jadi isteri ni kita nak dapat pahala tapi kalau salah caranya berdosalah sebab asyik kutuk laki sendiri.. Syurga ada di depanmu, neraka di belakangmu,” tambahnya.

Terdahulu, kisah wanita yang bermadu dengan seorang wanita berada mendapat perhatian ramai. Selain percutian mewah di Langkawi berakhir, kediaman milik mereka yang pernah dijadikan homestay dikosongkan.

Selain itu, kereta milik suaminya juga ditukar oleh isteri pertama dan digantikan dengan kereta lebih kecil.

Biodata

1. Nama penuhnya, Zarina binti Zainuddin.

2. Kelahiran Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia pada Disember 1970.

3. Membesar di Parit, Perak.

4. Berusia 49 tahun.

5. Anak kepada pasangan Zainuddin Ibrahim (bapa) dan Zahura Abdul Mutalib (ibu).

6. Merupakan kakak tiri kepada pelakon wanita era 90-an, arwah Liyana Sulaiman.

7. Bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan, Perak.

8. Mula berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 1989.

9. Pernah membintangi filem Sumpahan Berdarah, Sepasang Mata Maut, Lirikan Siluman Ular, Tarik-Tarik, Antara Gadis, Momok Jangan Panggil Aku, Ular, Sejoli: Misi Cantas Cinta dan Girlfriend Kontrak.

10. Di layar kaca, kemunculannya menerusi drama Senja Permai, Ana lu’lu, Bicara Hati, Teduhan Kasih, Tanah Kubur, Istikharah Cinta, Kifarah, Menongkah Kasih, Surah Buat Maisarah, Love You Mr. Arang, Isteri Tuan Ihsan, Oh My Pondok, Ku Kirim Cinta, Cinta Di Langit Cardiff, Raisha, Tak Ada Cinta Sepertimu, Halalkan Hati Yang Ku Curi dan 30 Pesanan Suara.

11. Juga telefilem Ya Habibi, Cik Puan Sinderella, Projek Bakar Lemak, Abang Haji, Angin Cinta, Ketika Daun Berzikir, Huru Hara Raya, Serondeng Daging Abang Sado, Projek Kuih Raya Mak Leha dan Luyak.

12. Pernah menghasilkan album bersama arwah adiknya, Lyana Sulaiman dengan bimbingan Datuk Ramli MS.

13. Perkahwinannya dengan Dato’ Sri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada tahun 1993 dikurniakan empat orang anak lelaki iaitu Muhammad Adam Azrai, Muhammad Naim Azrai, Muhammad Raizal Azrai (Azal) dan Muhammad Razil Azrai (Azil). Azal dan Azil mempunyai masalah autisme. Madunya bernama Datin Sri Noorhasimah Mohd Noor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : trendingsangat

About admin

Check Also

[VIDEO]”Happy Birthd4y Dzakira Talita Zahra…” Ucapan Hari Lahir Bu4t Talita Buat Ramai Tersentuh

  Semalam merupakan hari ulang tahun anak kedua seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi dan penyampai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.