Seb4k,, Pengorb4nan seor4ng ayah untuk puterinya.. kini an4k pulak membal4s jasa ay4hnya.

Pengorbanan Seorang Ayah Apabila Puteri Sulung Masuk Kolej, Kini Giliran Anak Memb4las Jasa Undang Sebak

El Wan Raza, bersama motosikal baharu yang dihadiahkan anak sulungnya pada September lalu.
KASIH ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai pengorbanan Wan Razali Wan Mohd, 58, yang sanggup menjual motosikal miliknya demi menampung kos pengajian anak sulung ke sebuah kolej.

Selepas lima tahun berlalu, anaknya itu, Wan Aisyah, 23, membeli sebuah motosikal baharu keluaran SYM sebelum is dihadiahkan kepada bapanya dalam satu majlis kejutan ringkas di kediaman mereka di Dungun, Terengganu pada 14 September lalu.

Motor baharu itu dihadiahkan sempena hari lahir ayah pada 14 September. Saya nak balas jasa. Dulu ketika saya sambung pengajian dalam bidang Bahasa Inggeris di sebuah kolej di Selangor, ayah jual motor Honda EX5 miliknya.

Wan Razali (tengah) bergambar kenang-kenangan ketika perkahwinan Aisyah pada Mac lalu.
Imbas Aisyah lagi, bapanya bukan sekadar menjual motosikal miliknya, malah turut menukar kereta lebih kecil demi mengurangkan kos perbelanjaan keluarga pada waktu itu.

Pada waktu itu, ayah ada Perodua Alza, tapi ayah jual dan ambit kereta Axia sebab nak kurangkan kos.

Jadi bila saya dapat belikan balik motor untuk ayah, saya rasa puas hati. Selepas lima tahun, saya dapat berikan motor hasil usaha sendiri. Rasa macam tak sia-sia ayah jual motor dulu. Kalau dia boleh berkorban, kenapa saya tak boleh berkorban?

Ayah memang akan dahulukan anak-anak. Dia juga jenis tak suka susahkan orang. Dia pun dah lama nak bell motor baru, tapi dia tak bell pun. Dia asyik cakap saja. Pada saya, motor itu tak dapat pun balas jasa ayah, tapi sekurang-kurangnya saya gembira tengok dia bahagia,” kata Aisyah lagi.

Menurut Aisyah, bapanya bukan sekadar berkorban dari segi kewangan, malah banyak memberi kasih sayang khususunya selepas kematian ibunya lima tahun lalu.

VIDEO

@wanaisyahs009 Selamat ulangtahun 58 wira dihatiku ❤️ #fyp #strong ♬ original sound – All About Music 🎵 – Aminda Chinika

Aisyah bersyukur dapat memberi hadiah buat bapanya baru-baru ini.

Mak meninggal masa saya umur 18 tahun. Selepas saya habis belajar, saya bekerja dalam bahagian customer service di Putrajaya. Kemudian saya resign sebab nak balik teman ayah.

Sejak itu saya mulakan bisnes jual produk makanan tambahan. Kemudian saya berkahwin pada Mac lalu dan menetap di Selangor. Jadi sekejap ada di sini, sekejap saya balik ke kampung,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Aisyah terharu apabila video kejutan motosikal untuk bapanya tular dan meraih perhatian ramai di TlkT0k.

Wan Razali teruja mencuba motosikal baharu pemberian anaknya.

Kata Aisyah, dia berharap video itu dapat memberi inspirasi kepada orang di luar sana untuk menghargai kedua orang tua selagi mereka masih ada.

Pada saya, kalau ada RM50 sekalipun, kita tetap kena kongsi dengan keluarga. la bukan soal nilai, tapi keihklasan hati yang memberi. Bila kita bagi, is makin berkat.

Bila saya baca komen di TlkT0k, ramai sangat yang Iuah hasrat nak balas jasa ibu bapa mereka,” ujar Aisyah lagi.

Sumber : mstar

About admin

Check Also

Nasib Artis Dulu Di buli gara gara Ibunya Cuma Pembantu Sampai Dikucilk4n 1 Desa, Kini Hidup Kaya

Artis yang satu ini ternyata memiliki masa lalu yang kerap membuatnya trauma dengan lingkungan. Seperti …

Leave a Reply

Your email address will not be published.