Selep4s helikopter, Hairul, Hanis n4ik kap4l layar mew4h milik Tan Sri Vincent Tan pul4!

Jika sudah dinamakan rezeki pasti tidak salah alamat. Begitulah halnya yang berlaku kepada pasangan selebriti popular Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.

Selepas memilih menaiki helikopter untuk bercuti di sebuah resort di Pulau Redang, mereka menyambung percutian dengan menaiki kapal layar mewah (superyacht) yang dinamakan Asean Lady milik ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Vincent Tan.

Menerusi Instagramnya, Hairul turut memuat naik beberapa keping gambar bersama Tan Sri Vincent Tan yang merupakan antara individu terkaya di Malaysia dan beberapa buah video ketika berada di atas kapal layar tersebut.

Menurut pengarah dan pelakon filem Ada Hantu itu, mereka sekeluarga sepatutnya pulang lebih awal, bagaimanapun menyambung percutian selepas menerima undangan ahli perniagaan berkenaan untuk menaiki kapal layar mewah Asean Lady.

“Sepatutnya saya balik awal, tapi kami langkah kanan ke Pulau Redang ini sebab terjumpa salah seorang yang terkaya di Malaysia Tan Sri Vincent Tan.

“Selepas itu, beliau ajak naik superyacht Asean Lady, rezeki anak-anak,” tulis Hairul.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh Hairul, kapal layar mewah yang dinaiki mereka belayar dari Pulau Redang ke Pulau Perhentian, Terengganu.

Malah dalam InstaStory Hanis Zalikha, mereka sekeluarga dilihat berpeluang membuat lawatan ke keseluruhan kawasan kapal layar berkenaan yang dilengkapi pelbagai kelengkapan mewah termasuklah helipad.

Anak-anak mereka Yusuf Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah, 2, dilihat begitu teruja ketika berada dalam kapal layar mewah tersebut.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

“Yusuf tak percaya kita tengah bergerak sebab tidak bergoyang,” tulis Hanis Zalikha.

Terdahulu pada Rabu lalu, Hairul dan Hanis mengejutkan peminat apabila menempah sebuah helikopter untuk bercuti di sebuah resort di Pulau Redang.

Komen netizen:

Sumber: Kosmo

 

About admin

Check Also

“Seronok Tak Jadi Kay4?”- Wawa Zainal B4las Komen Peminat & Akui Hidupnya Memang Nampak Manis Tpi Sebenarnya…

  Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal tampil menjawab persoalan peminat mengenai adakah dirinya berasa seronok apabila menjadi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.