Sebanyak 998 kawasan di sekitar Lembah Klang telah terjejas kerana ketiadaan air yang disebabkan oleh henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) bermula 13 Oktober lalu.
Susulan itu, rata-rata penduduk terpaksa menadah air dan menggunakannya dengan cermat.
Sama seperti yang dilakukan oleh wanita ini yang menadah air di dalam kolam anaknya dengan harapan ia boleh digunakan di waktu-waktu yang terdesak. Bagaimanapun, lain pula yang berlaku apabila kolam tersebut telah ‘diserang’ oleh anak dan suaminya.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Kylieyaa di TikTok, dia yang baru pulang dari kerja terkejut apabila mendapati suami dan anaknya dengan girang sedang bermandi-manda di dalam kolam tersebut, yang tinggal hanya dua baldi air untuk digunakan.
“Balik kerja nampak dua beranak ni. Ingat menyorok ummi tak nampak ke ayah dia.
@kylieyaa Sod Ba Ro #fyp #airselangor ♬ the psycho intro gone wrong ㅠㅠ – Arielle
“Dengan happy bagitau dah siap simpan air untuk ummi sikit. Ummi tak tahu nak happy ke nak nangis” katanya.
Namun, mujurlah air di kawasan rumahnya sudah pulih semula dan boleh digunakan seperti biasa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur melihat gelagat anak dan suaminya serta ada juga netizen yang berkongsikan pengalaman serupa.
Anak mintak mandi kolam
Ni idea ayah dia
Sumber: Kylieyaa