“C4ll Me Dajjal Or Whatever,” KJ Kek4l Pendirian Teg4s M4hu D4kwa Antivaksin W4lau Dikritik Anwar Ibrahim

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sesi sidang media semalam sempat menegur pendekatan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin terhadap golongan antivaksin.

Jelas Anwar, baginya pendekatan secara ugutan yang dibuat oleh menteri tersebut adalah cara sombong.

“Kumpulan antivaksin ni saya tak sokong, tapi hujah mereka ada kuatnya juga, jadi kita jawab dengan hujah.

“Janganlah duk fikir hukum, hukum, hukum.

“Ini cara sombong yang kita tak boleh terima,” ujar Anwar, dalam satu sesi sidang media setelah Majlis Persamian Wisma SP Care an Majlis Penghargaan Barisan Hadapan SP Care di Wisma SP Care, Serendah, semalam.

Teguran Anwar ini turut mendapat respon Khairy yang tidak setuju dengan kritikan tersebut. Membalas teguran itu, Khairy melalui laman Twitternya hari ini menciap ulang klip rakaman sidang media tersebut dengan jawapan tegas.

“Nak kata kerajaan tidak cukup bagi penerangan tentang vaksin tidak betul.

“Kita dah kemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin COVID-19 dari awal lagi dan kita terus memberi penerangan.

 

“Maafkan saya, saya terpaksa bertegas dengan isu ini.

“Panggillah saya dajjal atau apa pun,” respon Khairy melalui ciapannya hari ini.

Sabtu lalu, kenyataan Khairy yang mendakwa akan ‘menyusahkan’ kelompok enggan divaksinasi tanpa sebab sempat mendapat sorotan dan mengundang pelbagai reaksi warga net, termasuk golongan berkenaan.

 

 

 

Sumber: Malaysia Gazette

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.