Temp4h kubur seh4ri sebelum meningg4l

Segamat: Tempah kubur sehari sebelum meninggal dunia. Itu antara pengalaman terpahat dalam ingatan Najib Teh, 55, penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Berata, di sini.

Bapa tujuh anak itu yang turut menerima tempahan batu nisan berkata, biarpun peristiwa itu sudah beberapa tahun berlalu, dia masih lagi mengingatinya sehingga hari ini.

Mengimbau kisah itu, Najib berkata, ketika itu dia dan seorang pembantu baru selesai menggali sebuah kubur apabila didatangi lelaki berusia awal 60-an terbabit sambil bertanya siapa pemilik liang lahad berkenaan.

“Kami maklumkan hanya buat persediaan jika ada kematian, akan memudahkan pengurusan pengebumian. Dia kemudian berkata mahu menempah kubur itu. Katanya lagi ‘rasanya tak lama lagi nak kena baring dalam tu’.

“Keesokannya, warisnya datang dan memaklumkan lelaki itu sudah meninggal dunia selepas memberi salam rakaat terakhir solat Zuhur.

 

“Menurut warisnya, lelaki itu selalu berdoa meminta petunjuk awal kematiannya,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Berata, hari ini.

Najib menyediakan khidmat menggali kubur dan pembuatan batu nisan sebagai pendapatan sampingan sejak 28 tahun lalu sambil dibantu anak, Mohamad Fakaruddin, 31, dan Mohamad Mursyidul Amin, 25, bersama enam pembantu.

Katanya, ada juga batu nisan yang diletakkan di kubur hilang keesokannya, ada waris menziarahi kubur pada tengah malam atau awal pagi kerana terlalu rindukan arwah ibu bapa atau ahli keluarga dan ada juga bersedekah batu nisan buat mereka yang kurang berkemampuan.

“Saya bukan mengejar laba, tetapi kepuasan diri dapat membantu memudahkan urusan waris si mati, selain memberi saya peluang untuk sentiasa mengingati kematian serta lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT,” katanya.

 

Sumber : Harian Metro

About admin

Check Also

Treler Terb4lik Di Laluan USJ-Putra Height Pagi T4di, Seb4bkan Kedua-dua Arah Sesak

  Selasa bersamaan 2 Ogos, sebuah lori treler telah terbalik dan menyebabkan kesesakan  Kemalangan yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.