Ramai pasangan di luar sana yang mengimpikan untuk mendapatkan zuriat kembar. Ada juga yaang berseloroh jika melahirkan anak lebih dari seorang sekali gus ibarat ‘jimat masa’ membesarkan kerana semuanya dilakukan serentak seperti pemeriksaan kesihatan, kongsi baju dan pendaftaran bila masuk sekolah. Terlihat comel, Namun bukan lah satu perkara yang mudah kerana banyak cabarannya.
@twinsmikayla Sebelum budak 2 ketul ni rajin selongkar peti ais bawak keluar ikan cili bawang apa semuaaa laaaa 🥴🥴 #fyp #baby #twins ♬ Seaside_demo by SEB – SEB
Pernah tertukar… Kena timbang balik tak tabu mana kakak mana adik
Bahkan wanita itu turut berkongsi bahawa dia pernah beberapa kali menghadapi kesukaran untuk mengenal zuriat sendiri. Namun, di suatu ketika kaki si kakak mulai di tumbuhi kesan merah membuatkan ada perbezaan antara mereka. Namun, seiring dengan peredaran masa, tanda tersebut juga mulai hilang.
@twinsmikayla Reply to @zhnyshhrdn dah tau kan mana Amaliya mana Amanda 😂.. #fyp #twins ♬ original sound – Twins Mikayla
Sekarang dah pro… Allah bantu supaya saya tak keliru
Terdapat juga insiden lain yang di hadapi ibu ini, antaranya tertukar buku rekod kesihatan si kembar. Namun begitu, lama kelamaan dia bersyukur kerana mampu untuk cam mana kakak dan adik daripada suara mereka sahaja. Kini kembar tersebut telah menginjak 2 tahun 7 bulan.
@twinsmikayla Reply to @elanamaisarah tanda merah kaki kakak #fyp ♬ suara asli – Yani Handayani
Sumber: Kisah Dunia