W4nita Dil4por Sambut Cah4ya Mata Pert4ma Pada Usia 70 T4hun, Diperc4yai Salah Seor4ng ‘Ibu B4ru Tertua’ Di Duni4

Seorang wanita yang mengaku dirinya berusia 70 tahun baru sahaja menyambut kelahiran bayi pertamanya pada usia berikut, dan menjadikan dia salah seorang ibu baru pertama yang tertua di dunia ini.

Menurut Mirror, wanita bernama Jivunben Rabari dan suaminya Maldhari berusia 75 tahun telah mencuba untuk mendapatkan zuriat setelah sekian lama sebelum melakukan rawatan IVF.

Menurut Jivunben Rabari, mereka telah menggunakan kaedah In-Vitro Fertilization IVF bagi membolehkan isterinya mengandung. Kaedah ini sesuai untuk isteri yang berusia 40 tahun ke atas atau untuk suami yang bilangan spermanya sudah kurang berikutan sudah tua.

 

Pasangan itu turut dilaporkan telah berkahwin selama 45 tahun. Walaupun wanita tersebut tidak dapat membuktikan usianya sudah mencecah 70 tahun, tetapi beliau tetap menegaskan kepada para wartawan tempatan mengenai usianya itu.

Menurut Dr. Naresh Bhanushali, pada awalnya beliau menegaskan bahawa agak sukar untuk pasangan tersebut mendapatkan anak berikutan usia mereka yang agak tua. Tetapi doktor tersebut telah mencadangkan kaedah IVF.

Sumber: The Mirror

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.