Buat k4li pertama huj4n di punc4k ais Greenland, d4n itu pet4nda kurang b4ik

Buat kali pertama hujan di puncak ais Greenland, dan itu petanda kurang baik

Kesan ais yang mencair itu akan mengalir ke laut, seterusnya mengakibatkan paras air laut meningkat. – Reuters

HUJAN di puncak tertinggi litupan ais di Greenland direkodkan buat kali pertama minggu lalu, sekali gus mencetus petanda yang membimbangkan iaitu kemungkinan lapisan ais yang mencair pada kadar pantas.

Perkara itu didedahkan oleh sekumpulan saintis pada Jumaat, lapor Reuters.

 

“Itu bukan tanda yang sihat untuk kawasan yang dilitupi ais. Air yang jatuh ke atas ais adalah berita buruk. Ia menjadikan permukaan lapisan ais itu lebih cenderung untuk mencair,” ujar pakar glasiologi dari Lamont-Doherty Earth Observatory, Universiti Columbia, Indrani Das.

Bukan sahaja air lebih hangat berbanding salji, ia juga kelihatan lebih gelap, maka ia menyerap lebih banyak cahaya matahari berbanding memantulkannya kembali.

Kesan ais yang mencair itu akan mengalir ke laut, seterusnya mengakibatkan paras air laut meningkat.

Buat masa ini sahaja, kesan cairan ais dari Greenland – lapisan ais kedua terbesar dunia selepas Antartika – telah menyebabkan 25 peratus kadar kenaikan laut global sepanjang beberapa dekad lalu.

Kejadian itu dijangka terus berlaku, seiring peningkatan suhu global.

Hujan telah dikesan terjadi selama beberapa jam di litupan ais di puncak setinggi 3,216 meter pada 14 Ogos lalu, di mana suhu kekal lebih tinggi dari paras beku selama sembilan jam, kata saintis dari Pusat Data Salji dan Ais Kebangsaan, Amerika Syarikat.

Suhu di puncak itu hampir tidak pernah berada lebih tinggi dari paras beku, namun kini sudah terjadi tiga kali dalam tempoh kurang sedekad.

Secara keseluruhan, 7 bilion tan hujan berlaku di seluruh Greenland selama tiga hari, dari 14 Ogos hingga 16 Ogos, sekali gus menjadi jumlah tertinggi direkodkan sejak tahun 1950.

Kejadian hujan yang memecahkan rekod itu adalah tanda amaran terkini tentang kesan perubahan iklim yang menjejaskan litupan ais di Greenland.

Pada Julai lalu, pencairan ais besar di Greenland sudah cukup untuk meningkatkan paras air seluruh negeri Florida sehingga 5 sentimeter.

Kejadian itu dan juga hujan yang baru saja terjadi adalah disebabkan corak kitaran udara yang hangat dan lembap menyelubungi pulau tersebut.

“Kejadian hujan di ouncak Greenland bukan hal yang terpencil. Ia membawa risiko banjir, kebakaran dan banyak lagi hal ekstrem lain,” tegas saintis Twila Moon.

sumber: astro awani

About admin

Check Also

Treler Terb4lik Di Laluan USJ-Putra Height Pagi T4di, Seb4bkan Kedua-dua Arah Sesak

  Selasa bersamaan 2 Ogos, sebuah lori treler telah terbalik dan menyebabkan kesesakan  Kemalangan yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.