“Maryam dap4t ibu b4ru lah ya ” Fizo Omar Umum ‘Ieft Group Duda’ ,Siap Tingg4lkan Pesanan Kep4da Sharnaaz Ahmad D4n Nazim Othman

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fizo Omar dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahannya hari ini.

Khabar angin itu mula menjadi bualan ramai apabila terdapat sumber yang mendedahkan Fizo beberapa minggu sebelum ini slbuk dengan persiapan pernikahannya.

Bagaimanapun, identiti wanita yang dikatakan bakal menjadi suri hati pelakon popular itu masih mlsteri.

Sebelum ini menerusi perkongsian ulang tahun kelahirannya yang ke-36, Fizo yang juga merupakan ahli perniagaan, berkata, akan menamatkan zaman bujang hujung tahun ini.

“Terima kasih semua atas doa untuk ulang tahun hari lahir saya! Doakan Abe Joe ya. Sebelum semua tanya bila nak kahwin Abe Joe jawab siap-siap. Insya-Allah hujung tahun,” coretnya.

Untuk rekod, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 dan bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam.

Sebelum ini Mawar Abd Karim berkata “Dia memang ada cakap nak kahwin, tapi tak tahu bila,

Kuala Lumpur: “Dia memang ada cakap nak kahwin, tapi tak tahu bila,” kata ahli perniagaan yang juga bekas isteri pelakon, Fizo Omar iaitu Mawar Abd Karim.

Ia susulan timbul desas-desus mengatakan Fizo bakal melangsungkan pernikahan pada 21 Oktober ini.

Mawar ketika dihubungi berkata, bekas suaminya itu juga memaklumkan dia serius dengan perhubungan itu.

“Dia memang ada beritahu sedang berkawan dan serius dengan seseorang. Soal bila nak kahwin tu, dia hanya kata tahun ini dan dalam perancangan tapi tak tahu bila. Kira okaylah dia beritahu saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Mawar, dia mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya itu jika apa yang diperkatakan itu benar.

“Dia cakap lama dah soal ini. Saya kata okay dan syukur. Jadi, saya doakan yang terbaik buatnya. Semoga dapat belajar dari kesilapan, lebih matang dari segi keputusan. Sekali lagi, kita doakan yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan Fizo tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej WhatsApp tidak berjawab.

Fizo dan Mawar bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Sumber : Hmetro

 

About admin

Check Also

Ziana Zain tak ber4ni tutup pintu hati, t4kut ada jodoh di masa hadapan

  EMPAT tahun bergelar ibu tunggal, Ziana Zain memberitahu dia tidak memikirkan soal jodoh sebaliknya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.