(Video) Kisah “Gadis Dal4m Besen” Sentuh Hati Netizen S4tu Dunia. Terp4ksa Diusung Ke M4na Sahaja

(Video) Kisah “Gadis Dalam Besen” Sentuh Hati Netizen Satu Dunia. Terpaksa Diu sung Ke Mana Sahaja

Bersyukurlah sekiranya anda dilahirkan dengan anggota badan yang serba lengkap kerana percayalah anda jika diberi pilihan, pasti tidak mahu dilahirkan ke dunia seperti Rahma Haruna ini. Dilahirkan dalam keadaan sempurna, namun bahagian bawah badannya tidak ‘tumbuh’ seperti biasa disebabkan pesakit misteri yang dialami oleh gadis daripada Nigeria ini.

 

Keadaan fizikalnya mula berubah apabila usianya mencapai “Pada usianya 6 bulan, Rahma mula belajar untuk berjalan tetapi dia tidak merangkak kerana keadaan fizikalnya. Kemudian dia mengalami demam panas dan s4kit perut. Itulah permulaannya. Bahagian bawah badan tidak lagi boleh digunakan,” kata ibunya.

Keluarga Rahma telah berkorban segalanya untuk memberikan yang terbaik kepada dirinya dan perkara ini diakui oleh gadis ini. ”Mereka membantu saya dalam banyak perkara. Semua keperluan saya dipenuhi,” katanya yang sangat rapat dengan abangnya sendiri, Fahad.

 

”Saya membantu menjaganya seperti memberi Rahma mandi dan membawanya keluar berjalan-jalan. Saya sangat gembira apabila melihat jiran-jiran turut membantunya bila perlu. Rahma juga suka dibawa melawat saudara terdekat kami,” kata Fahad. Doktor masih belum menemui jawapan untuk menjelaskan keadaan yang menimpa Rahma, namun dalam kalangan penduduk tempatan, mereka percaya Rahma terkena sumpahan jin.

Melihat kepada video yang dimuat naik oleh facebook Born Different, Rahma terpaksa diusung menggunakan besen untuk bergerak ke sesuatu tempat oleh ibunya sendiri. bermula daripada itulah dia mendapat gelaran gadis besen. Tetapi kini, hasil sumbangan orang ramai termasuklah ada yang memberi kerusi roda, kehidupan Rahma menjadi lebih mudah.

Saksikan video dibawah yang memaparkan kehidupan seharian Rahma sebagai ‘Gadis Besen’

 

Sumber: Born Different, Barcroft via siakapkeli

About admin

Check Also

Tak Setuju Pas4l Pelitup Mask Sirim, Sek4li Ini Respon Jaafar Onn Buat Ramai Yang Terkedu

  Kurang bersetuju dengan cadangan penguatkuasaan pelitup muka perlu ada kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.