Video) Pad4h Letak Kat Belak4ng, Tengah S4ntai Meng4yuh Telefon Ken4 ‘Rembat’ Deng4n Penungg4ng Motosikal

Aktiviti menunggang basikal di jalan raya kini dilihat sebagai suatu trend yang semakin popular dan banyak mendapat tempat dalam pelbagai golongan umur.

Pun begitu, seperti ramai yang ketahui, sukan tersebut mempunyai risiko yang tinggi. Bukan sahaja berisiko untuk terlibat dalam kemalangan, malahan penunggang basikal juga turut berisiko untuk menjadi mangsa jenayah.

Seperti yang dikongsikan oleh sebuah akaun Instagram bernama fakta.indo ini. Video yang dikongsikan itu telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut memaparkan sekumpulan penunggang basikal yang sedang menunggang basikal di sebuah jalan raya yang dipercayai berlaku di Jakarta, Indonesia.

Ketika mereka sedang menunggang basikal, terdapat dua orang lelaki yang menaiki motosikal telah menghampiri salah seorang penunggang basikal tersebut.

 

Lelaki yang sedang membonceng motosikal itu telah bertindak menyeluk telefon bimbit milik salah seorang penunggang basikal berkenaan yang diletakkan pada bahagian belakang poket bajunya.

Penunggang basikal tersebut dilihat menyedari bahawa telefon bimbitnya itu telah diambil, namun tiada apa yang dapat dibuat olehnya.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 390 ribu kali.

 

Sumber: fakta.indo

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.