“Haider” Elly Mazlein sel4mat bers4Lin, sek4li komen Awal Ashaari Bikin Berdek4h

BERITA gembira buat penyanyi Elly Mazlein apabila dia kini bergelar ibu kepada sepasang cahaya mata.

Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor pada pagi Sabtu.

“Assalamualaikum… Alhamdulillah Kak Pom selamat bersalin pukul 12.23 pagi, Sabtu.

“Alhamdulillah mama dan Haider (bayi) sihat. Terima kasih segala doa. Terima kasih abah, suami dan manja sebab jaga mama sepanjang mengandung hingga bersalin.

“Kita ada orang baharu… bertambah seorang lagi dalam keluarga comel kita… Alhamdulillah syukur Ya Allah!” katanya menerusi laman Instagram.

Elly kongsi foto suaminya menatap wajah bayi mereka.

KOMEN AWAL ASHAARI

Kita lock dek nama Baby Haider! kita lock jugak perut dah kempis takde baby! nah uncle Awal kasi Api!

 

Dalam pada itu, Elly berkata proses kelahiran berjalan lancar dan dipermudahkan dengan bantuan keluarga dan kakitangan hospital.

Dalam muat naik sama Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, turut mengumumkan nama anak keduanya itu.

Memang Allah permudahkan, syukur cepat sahaja Haider nak jumpa papa dan mama!

ELLY MAZLEIN

PENYANYI/ PELAKON

“Dengan ini Kak Lina nak memperkenalkan anak kedua… Haider Mateen Bin Mohamad Azlan. Assalamualaikum Haider… welcome to the world our little bundle of joy.

“Terima kasih doktor dan jururawat yang memberikan layanan hebat, rasa terharu malam tadi… suami, umi dan jururawat bacakan Surah Yasin bagi ayat mudahkan bersalin.

Elly bersama suami dikenali Cikgu Azlan.

“Memang Allah permudahkan, syukur cepat sahaja Haider nak jumpa papa dan mama… sangat sekejap,” ujarnya.

Elly berkahwin dengan Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.

Hasil perkahwinan itu Elly dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.

Sumber : mStar

About admin

Check Also

“Seronok Tak Jadi Kay4?”- Wawa Zainal B4las Komen Peminat & Akui Hidupnya Memang Nampak Manis Tpi Sebenarnya…

  Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal tampil menjawab persoalan peminat mengenai adakah dirinya berasa seronok apabila menjadi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.