Walaupun H4nya Meng4mbil Upah Potong Rumput, Lelaki Ini S4nggup Berkorb4n Untuk Membel4 30 Kucing

Kisah seorang lelaki yang mencari pendapatan dengan mengambil upah memotong rumput, namun selain itu lelaki ini juga sanggup berkorban untuk membela 30 ekor kucing jalanan. Perkongsian seorang lelaki yang dikenali sebagai Jah Awg Kenit menjadi tular apabila dia menceritakan mengenai seorang lelaki.

 

Menurut perkongsiannya, lelaki itu yang bekerja mengambil upah memotong rumput dengan berjalan kaki datang menghampiri mereka untuk meminta pertolongan kerana tidak dapat masuk ke sebuah pasaraya untuk membeli stok makanan kucing. Hali ini disebabkan dia tidak mempunyai telefon bimbit untuk mengimbas kod MySejahtera.

 

Atas kebaikan lelaki itu selama ini dalam memberi makanan kepada kucing jalanan sebanyak 30 ekor, dia ditawarkan bantuan untuk mengambil stok makanan secara percuma di situ tanpa perlu membelinya lagi selepas ini.

Jalan kaki ambik upah potong rumput dari satu taman ke satu taman.. Lalu depan pasar kami, dia tunjukkan plastik kecil makanan kucing..

Dia cakap dia tak dapat masuk pasaraya belikan stok baru makanan kucingnya yang berjumlah 30 ekor keseluruhannya disebabkan dia tak ada handphone.. Dia tak boleh scan MySejahtera.

Takpe.. saya bagitau dia mulai esok stok makanan kucing ambil je kat sini. Secara tak langsung Darul Jariyah beri dia tugasan tetap bagi makan juga sediakan air minuman pada kucing-kucing gelandangan..

Terus berdoa panjang dia. Rezeki dia dapat berkhidmat dengan binatang kesayangan Nabi kita. Aku pun tak mampu buat mcm apa yang dia buat sekarang ni… ianya sebuah tanggungjawab yang sangat-sangat besar.

 

Semoga kisah lelaki ini sedikit sebanyak boleh memberikan inspirasi buat kita semua agar sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap haiwan-haiwan seperti kucing yang mungkin memerlukan pertolongan kita untuk terus hidup.

Sumber: Jah Awg Kenit

About admin

Check Also

Nasib Artis Dulu Di buli gara gara Ibunya Cuma Pembantu Sampai Dikucilk4n 1 Desa, Kini Hidup Kaya

Artis yang satu ini ternyata memiliki masa lalu yang kerap membuatnya trauma dengan lingkungan. Seperti …

Leave a Reply

Your email address will not be published.