“Tid4k semua murid mew4h, t4pi dia mewah deng4n budi bah4sa,”. Sekolah S4mbil Kerja Angk4t Sawit, Murid Pendidikan Khas R4ih Perhati4n Warga M4ya

“Tidak semua murid mewah, tapi dia mewah dengan budi bahasa,”. Sekolah Sambil Kerja Angkat Sawit, Murid Pendidikan Khas Raih Perhatian Warga Maya

TIDAK semua orang dilahirkan dalam kesenangan dan kemewahan wang ringgit, ada yang terpaksa bekerja keras sejak kecil untuk meneruskan kehidupan. Kanak-kanak yang sudah diasuh dan dididik untuk membantu keluarga mempunyai potensi diri yang lebih besar untuk berjaya.

Berusaha membantu keluarga sejak kecil juga memupuk rasa bertanggungjawab dan pemikiran matang. Pendedahan yang dikongsikan seorang guru yang juga pengguna TikTok, Anetta Zaity tentang muridnya, Luth Fadli yang bekerja sambil belajar dengan angkat sawit meraih perhatian warganet.

“Bekerja sambil belajar. Tidak semua murid mewah, tapi dia mewah dengan budi bahasa,” tulisnya. Dalam pada itu, kanak-kanak berkenaan juga difahamkan salah seorang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mempunyai masalah pembelajaran.

 

Biarpun gigih membantu keluarga, pelajaran tidak diabaikan. Apa yang membanggakan Luth Fadli juga dikatakan mempunyai rekod kehadiran terbaik di sekolah. Ramai yang mendoakan kesejahteraannya dan berharap si cilik itu berjaya pada masa hadapan. Kudrat murid berkenaan juga diakui hebat kerana tidak semua mampu mengangkat tandan sawit yang berat.

Bahkan ada yang mengatakan kewujudan murid seperti itu kini jarang ditemui kerana kebanyakannya lebih tertumpu kepada gajet dan media sosial.Lihat VIDEO

Pendidikan merupakan satu elemen yang sangat penting untuk kemajuan sesebuah negara. Peranan pendidikan menjadi semakin menebal apabila ia menjadi wahana penting dalam mengubah hidup dan masa depan sesebuah keluarga. Justeru, diharapkan kita terinspirasi daripada kisah ini dan tidak terl3ka menanamkan kepentingan pelajaran dalam diri anak-anak. Dalam masa yang sama, turut menitikeratkan didikan untuk berdikari.

Sumber:sinarplus

About admin

Check Also

Nasib Artis Dulu Di buli gara gara Ibunya Cuma Pembantu Sampai Dikucilk4n 1 Desa, Kini Hidup Kaya

Artis yang satu ini ternyata memiliki masa lalu yang kerap membuatnya trauma dengan lingkungan. Seperti …

Leave a Reply

Your email address will not be published.