(video) Didend4 Nanyi ker4na Tak Si4p Kerja Rum4h, Namun L4in Pula Y4ng Jadi Perh4tian Netizen

(video) Didenda Nanyi kerana Tak Siap Kerja Rumah, Namun Lain Pula Yang Jadi Perhatian Netizen

Siapa sangka, aplikasi TikTok sebenarnya dapat menampilkan bakat terpendam yang membuatkan seseorang itu menjadi popular gara-gara kuasa viral

Mungkin ada sesetengah pihak berpendapat TikTok adalah aplikasi yang tidak memberi manfaat kepada pengguna. Namun, anda juga perlu tahu bahawa TikTok merupakan platform worldwide yang boleh memberikan ganjaran duit kepada kita sekiranya content itu menarik.

Berbeza pula dengan sebuah video yang tular baru-baru ini apabila seorang pelajar lelaki dikatakan kena denda menyanyi di depan kelas gara-gara tidak siap homework menarik perhatian ramai.

Lihat video

Cikgu denda suruh nyanyi sebab hantar kerja sekolah tak lengkap, tapi bila buka je mulut habis semua terpegun

Menerusi video yang dimuat naik oleh @_cikulala, kelihatan seorang pelajar lelaki tingkatan satu sedang berdiri sambil menyanyi di depan guru dan rakan sekelasnya.

Dia yang didenda kerana tidak siap kerja sekolah dilihat menyanyikan lagu popular daripada Ernie Zakri iaitu Gundah.

Apa yang membuatkan ramai terpegun adalah suaranya sangat merdu serta lantunan vokal persis penyanyi profesional. Difahamkan, pelajar itu rupa-rupanya murid vokal. No wonder suara dia sedap!

Lebih menarik lagi, lagu Gundah boleh dikatakan agak susah untuk dinyanyikan kerana mempunyai banyak high notes. Tetapi, pelajar itu menyanyikannya dengan santai saja.

“Kalau denda macam ni, aku nak pergi sekolah balik! Anyway sedaplah suara dia, boleh pergi jauh ni” – Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang sehingga kini meraih 214.3K tontonan, 36.1K tanda suka serta 505 perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terpukau dan memuji kemerduan suara pelajar itu.

Malah,ramai yang berpendapat dia boleh pergi jauh jika bakatnya diasah dengan lebih mendalam lagi.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

 

sumber: says.com

About admin

Check Also

GILIR4N USAHAWAN YG PENUH KONTROVERSI, SAFIEY ILIAS PULA AKAN BERHIJRAH KE NEGARA L4IN SEPERTI SAJAT. INI NEGARA YG DIA PILIH

Sebelum ini kita digegarkan oleh penghijrahan usahawan kosmetik yang popular dengan kontroversi iaitu Sajat ke …

Leave a Reply

Your email address will not be published.