Bu4t Istikharah T4k nampak muk4 pih4k lelaki mint4k putus 2 h4ri sebelum majlis ……..

Dugaan ketika sedang merancang untuk ke fasa selanjutnya semenangnya cukup besar. Ramai yang telah ‘tewas’ ketika melalui fasa tersebut kerana ketika itu sikap sebenar mulai terbongkar.
Akan tetapi, jika kita berfikir secara matang dan dapat menerima segala kekurangan tersebut dengan hati terbuka, segala dugaan yang datang pasti mampu ditempuhinya.
Pihak lelaki buat hal
Namun begitu, berbeza dengan perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Ain Najwa apabila memuat naik luahan sedih buah hatinya memutuskan hubungan menjelang majlis mereka.
Menerusi tangkapan layar perbualan dia dan pasangan di aplikasi TikTok, lelaki itu memaklumkan telah membuat solat istikharah dan mendapati wajah orang lain yang muncul dalam mimpinya.

Senang betul cancel
Lebih sedih lagi, lelaki itu hanya meminta maaf diatas keputusan tersebut dan akui sedar apa yang dilakukan adalah satu kesilapan kerana membuat malu pihak perempuan.
Pengguna TikTok itu hanya  reda dengan keputusan kekasihnya kerana betul-betul berasa kecewa diatas tindakan lelaki itu.
Tinggi betul iman dia, dua tiga hari terus dapat petunjuk
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengecam tindakan kurang bijak lelaki tersebut dengan melukakan hati seorang perempuan menjelang hari bersejarah mereka.
Lebih menambahkan geram warganet adalah tindakan lelaki itu yang melakukan solat istikharah beberapa hari sebelum majlis mereka berlangsung sedangkan sepatutnya solat itu dibuat diawal perkenalan lagi.
Dah dekat nak majlis baru nak istikharah
Sumber: Ohmymedia

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.